top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Tips Turunkan Tahap Kolestrol Selepas Makan Rendang Waktu Raya


Kredit Gambar: Free Malaysia Today


Setiap kali Hari Raya sudah pasti hidangan yang dijamu atau disediakan berasaskan daging.


Gulai daging, rendang daging, serunding, kerutub, dan macam macam lagi hidangan yang sudah pasti menyelerakan dan rugi jika tidak dimakan.

Akibatnya tanpa sedar tahap kolesterol pun jadi tinggi.

Selain mengawal pemakanan ketika perayaan ada baiknya juga kita amalkan cara ini sebagai usaha untuk menurunkan paras kolesterol seperti disarankan oleh bekas Timbalan Pengarah Penyelidik Prinsipal di Pusat Penyelidikan Sains & Teknologi Makanan MARDI, Dr. Suri Roowi.

Disertakan petua yang dilakukan ujian saintifik untuk membantu mengurang kolesterol.


1. Amalkan minyak zaitun

Makan atau minum minyak zaitun (banyak asid lemak mono tak tepu @ MUFA). Minyak zaitun dibuktikan dalam banyak kajian saintifik di seluruh dunia untuk kesihatan jantung.

2. Makanan tinggi fiber larut air

Makan banyak sumber fiber larut air contohnya oat dan buah-buahan seperti contoh buah tin, prun. Fiber larut air lebih tinggi keupayaan utk membantu menurunkan kolesterol berbanding fiber tak larut air.

3. Oat dan Barli

Makan oat dan minum barli (sumber tinggi beta-glukan). Bahan ini berupaya mengawal kemasukan kolesterol dalam darah.

4. Bawang putih bagus untuk cairkan darah

Bawang putih mengandungi allicin dan komponen sulfur. Alicin fungsinya membantu cairkan darah.

5. Limau kasturi Anti-Kolesterol

Minum jus oren, lemon atau limau kasturi (kaya bahan flavanone) yang mana bertindak sebagai antikolesterol. Dalam tubuh, bahan ini membentuk bahan yang bertindak sebagai antikolesterol.

6. Teh Hijau

Minum teh hijau, ia kaya bahan epigallocatechin (ECGC) dan epicatechin yang boleh membantu turunkan kolesterol.

7. Minyak ikan kaya omega

Ambil suplemen minyak ikan kerana ia kaya dengan khasiat omega3 yang juga bagus untuk menurunkan risiko sakit jantung.


Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini

SUMBER:

31 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page