top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Menu Traditional Yang Rare Untuk Pagi Raya


Jom mengimbau kembali menu-menu tradisional yang 'rare' dan suatu ketika dahulu selalu dihidangkan pada Hari Raya Aidilfitri:

1. Sambal Goreng Pengantin



Sambal Goreng Pengantin ini merupakan salah satu menu yang sangat susah untuk dijumpa kecuali pada Hari Raya. Sebab untuk masak menu ini, perlukan bahan yang begitu banyak dan akan mengambil masa yang lama.

2. Ketupat Lemak


Kredit Gambar: Borneo Recipe


Memang tak lengkaplah Aidilfitri anda tanpa adanya hidangan Ketupat atau Rendang kan?


Tahun ini bolehlah anda buat sedikit perbezaan daripada tahun-tahun yang sebelum ini. Boleh cuba Ketupat Lemak ini. Apa yang istimewa adalah Ketupat ini direbus di dalam santan bercampur garam sehingga kering. Sedap sangat!

3. Rendang Padang


Kredit Gambar: pribadibudi.wordpress.com

Menu Rendang Padang ini berasal dari suku kaum minang di Indonesia. Memang jarang untuk ditemui bila di Malaysia. Namun, ada segelintir keluarga yang menjadikan menu ini sebagai menu khas di Aidilfitri untuk dijamukan kepada para tetamu yang hadir.

Keistimewaan Rendang Padang ini adalah rasa yang berbeza daripada Rendang biasa, tidak terlalu pekat dan ada juga yang memasukkan paru di dalamnya untuk menjadikan hidangan ini lemak enak untuk dinikmati.

4. Burasak

Kredit Gambar: twitter.com/arifgasm

Burasak ini merupakan hidangan Raya tradisi WAJIB untuk orang Bugis. Lebih-lebih lagi jika dimakan dengan kuah asam dan rendang, sedap sangat! Bahan-bahan yang digunakan begitu simple iaitu beras, kelapa dan garam sahaja. Cubalah nanti!

5. Serunding Kelapa

Kredit Gambar: SAYS


Serunding Kelapa ini selalunya akan dimasak setahun sekali sahaja iaitu pada Hari Raya. Apa yang istimewa tentang menu ini adalah tidak terlalu pedas. Kanak-kanak memang akan menyukai menu ini, dan ianya juga sesuai untuk vegetarian.

Selain itu, serunding ini juga boleh dihidangkan bersama nasi biasa, nasi ambeng atau boleh juga dimakan dengan nasi impit, ketupat, lontong tanpa kuah lodeh. Sedap!

6. Ayam Ungkep

Kredit Gambar: Daily Cooking Quest


Menu Ayam Ungkep ini berasal dari Jawa. Jadi, buat penggemar masakan Jawa di luar sana, pastikan pada Hari Raya tahun ini, menu Ayam Ungkep wajib ada tau! Untuk memasaknya tidak terlalu susah dan bahan-bahan yang digunakan pun senang untuk dicari. Cubalah nanti!

7. Lemang Periuk Kera


Bila sebut je tentang lemang, pasti dalam fikiran anda terfikir sejenis makanan yang diperbuat daripada pulut dan santan lalu dibakar dalam buluh. Lemang selalunya akan menjadi buruan orang ramai ketika menjelang perayaan Aidilfitri dan juga Aidiladha.


Namun, jarang yang pernah dengar tentang Lemang Periuk Kera. Lemang Periuk kera ini perlu dikukus bukan bakar seperti lemang biasa. Mula-mula masukkan pulut dalam kelongsong periuk kera, kemudian baru tuangkan santan di atas pulut sebelum dikukus.

8. Lemang Tepung

Kredit Gambar: Maskulin

Mungkin ramai yang tertanya bagaimana rasa sebenar lemang tepung ini. Segelintir yang pernah rasa lemang ini mengatakan ianya rasa seperti kuih bingka sahaja. Cuma apa yang membuatkannya istimewa adalah ianya dimasak dalam buluh. Selalunya menu ini akan dihidangkan pada Hari Raya untuk melengkapkan lagi juadah Aidilfitri.

Argh, sedapnya semua!


Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini

94 views0 comments

Comentários


bottom of page