Norma Baharu! Inilah pendekatan yang dilihat buat masa ini yang mana orang ramai mula menyesuaikan diri dengan langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan diri mereka dijangkiti wabak yang telah meragut nyawa jutaan manusia.
Kurang dari 10 hari lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut perayaan Aidilfitri dengan serba sederhana. Serentak dengan pengumuman dari Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk tahun ini, kerajaan telah memutuskan supaya aktiviti ziarah sempena Aidilfitri, Pesta Keaamatan dan Hari Gawai, dihadkan kepada hari pertama perayaan.
Tips Ziarah Di Aidilfitri
Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini selain turut berkongsi prosedur operasi standard (SOP) mengenai aktiviti ziarah-menziarahi yang menjadi amalan rutin sejak dahulu lagi. Untuk itu, kami bawakan beberapa tips yang boleh digunapakai untuk Aidilfitri 2020.
1. 1 Orang 1 Hand Sanitizer
Ini adalah kelengkapan yang wajib ada pada setiap orang. Baik pada tuan rumah, mahupun anda sendiri yang ingin menziarahi ahli keluarga dan jiran tetangga, adalah lebih baik sediakan ‘hand sanitizer’ sebagai persediaan masing-masing.
2. Periksa Suhu Badan
Buat mereka yang berhajat untuk menerima tetamu, adalah lebih baik sekiranya mengambil langkah berjaga-jaga dengan memeriksa suhu badan setiap tetamu. Malah adalah digalakkan untuk setiap tetamu menulis nama serta mencatatkan waktu ziarah ke rumah anda. Nampak leceh, namun ini adalah yang terbaik sekiranya terjadi kejadian yang tidak mengizinkan.
3. Kenal Pasti Saiz Ruangan Rumah
Kerajaan telah mengehadkan aktiviti saling berkunjung itu hanya membabitkan ahli keluarga terdekat dan tidak melebihi 20 orang dalam satu rumah. Namun perlu diingatkan, kapasiti 20 orang ini bukanlah termaktub untuk semua saiz rumah. Kenal pasti ruangan rumah anda!
“Had 20 orang ini juga mengikut saiz rumah. Contohnya, jika flat berukuran 600 kaki persegi, 20 orang itu mungkin terlalu ramai dan tidak boleh buat penjarakan sosial.
“Justeru, mungkin lima orang dibenarkan masuk untuk ziarah pada satu-satu masa, sehingga mencapai kuota 20 orang pada hari pertama perayaan,” kata Ismail Sabri baru-baru ini
4. Warga Emas Ada Dalam Rumah? Ini Adalah Langkah Sewajarnya
Buat anda yang mempunyai warga emas seperti ibu bapa mahupun datuk dan nenek di rumah, mungkin ini adalah langkah sewajarnya yang perlu diambil. Untuk beberapa seketika, elakkan rumah anda daripada menerima tetamu.
Ini kerana menurut pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), warga emas adalah individu yang berisiko tinggi untuk dijangkiti wabak COVID-19. Oleh itu, korbankanlah buat sementara waktu kenangan ini dan simpanlah di kemudian hari kerana kami percaya setelah berakhirnya wabak ini, ianya pasti sesuatu pengorbanan yang cukup berbaloi. ‘Kita pasti menang!’
5. Elakkan Bersalam-Salaman
Jika sebelum ini adat bersalam-salaman sudah pasti menjadi rutin di Aidilfitri, untuk tahun ini mungkin anda terpaksa mengelakkannya. Sebagai satu kesedaran orang ramai, cukuplah sekadar menziarahi dan memohon maaf secara lisan. Yang paling penting amalkan penjarakkan sosial.
6. Guna Bekas Makanan Pakai-Buang
Benar! Sebagai persiapan, adalah sewajarnya untuk kita guna bekas makanan yang boleh dipakai buang. Bukan sahaja menjimatkan masa, malah ianya juga lebih selamat selepas dipakai dan dibuang ke dalam tong sampah.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Khai Azfar (2020), Hanya Raya Pertama Dibenarkan! Ini Tips Ziarah Di Aidilfitri. Retrieved from: https://murai.my/2020/79268/hanya-raya-pertama-dibenarkan-ini-tips-ziarah-di-aidilfitri/
Комментарии