Oleh: Ashikin
25.4.2020
Isu Rohingya bukanlah suatu isu yang baru. Malaysia telah banyak membantu etnik Rohingya dari pelbagai bentuk bantuan kemanusian. Bermacam-macam luahan dan keluhan rakyat yang tidak selesa dengan kehadiran etnik ini disini.
Terdahulu dilaporkan peniaga Rohingya seakan kebal dengan kad UNHCR walaupun mereka berniaga secara haram.
Bagai kaduk naik junjung, itu peribahasa sesuai untuk etnik Rohingya di Malaysia.
Kerana mengamalkan sikap keterbukaan, Malaysia sering kali menjadi lokasi pendatang asing sama ada secara halal atau haram.
Kerajaan Malaysia beberapa hari lalu telah dikritik beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana menolak sebuah kapal pukat yang dipenuhi dengan beratus-ratus rakyat etnik Rohingya.
Memilih untuk mementingkan keselamatan negara susulan bimbang kumpulan tersebut bakal membawa kepada munculnya kluster baharu wabak pandemik COVID-19 di Malaysia.
Presiden MERHROM mohon bantuan buat 200,000 pelarian di Malaysia.
Perbincangan mengenai ‘sampai bila Rohingya harus menjadi pelarian demi meneruskan kelangsungan hidup? Sumber: Astro Awani (2015)
Ulangsiar Temuramah sewaktu Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada 5 Disember 2016. Sumber: KL Broadcast
Namun, baru-baru ini tular dimedia sosial apabila dikatakan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) dilaporkan telah menhantar memorandum meminta Kementerian Sumber Manusia Malaysia supaya mempertimbangkan cadangan-cadangan mereka.
Antara isinya adalah warga Rohingya telah banyak menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan di Malaysia.
“Penyumbang signifikan kepada pembangunan dan ekonomi Malaysia selama 30 tahun”, itu Antara isi memorandum yang ditulis Zafar Ahmad.
Antara isi kandungan yang lain yang telah diserahkan kepada Kementerian Sumber Manusia Malaysia adalah:
Hasil cadangan memorandum daripada MERHROM ini ternyata telah menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-rata tidak bersetuju dengan tuntutan tersebut.
Apa pula pendapat anda? Antara hak dan isu kemanusian, dimanakah jalan terbaik untuk mengatasi masalah ini?
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Rohingya Kebal dengan Kad UNHCR. Retrieved Video from Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=1XjuwbiiaKY
Presiden MERHROM Mohon Bnatuan buat 200,000 pelarian di Malaysia. Retrieved Video from Youtube: https://www.youtube.com/watch?time_continue=315&v=ZaerMGOCl9M&feature=emb_title
Perbincangan mengenai ‘Sampai Bila Rohingya harus menjadi pelarian demi meneruskan kelangsungan hidup’?. Retrieved Video from Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=lj6BHqAZXNM
Ulangsiar Temuramah sewaktu Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya pada 5 Disember 2016. Retrieved Video from Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=p7fI3XM2Wds
Intan (2020), Tuntut Hak Sama Rata Kerakyatan, Pendidikan – Etnik Rohingya Makin Melampau?. Retrieved from: https://mv1.cari.com.my/portal.php?mod=view&aid=53900
Anusya Rim (2020), The Rohingya crisis in light of Covid-19. Retrieved from: https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2020/04/23/the-rohingya-crisis-in-light-of-covid-19-anusha-rym/1859591
Yorumlar