top of page

Padah Berhenti Darurat Terlalu Awal, Hokkaido di serang Gelombang Kedua Coronavirus


Sebuah pulau di Jepun telah menggemparkan dunia dengan berita berlakunya gelombang kedua coronavirus selepas menghentikan perintah darurat dengan awal.


Wilayah Utara Hokkaidō menghentikan perintah darurat itu pada 19 Mac yang lalu supaya perniagaan dan sekolah boleh dibuka semula. Ini adalah hasil daripada bilangan kes baru jatuh kepada satu atau dua hari. Walaubagaimanapun, selepas 26 hari kemudian, Pulau itu telah digemparkan semula apabila 135 bilangan kes yang baru dilaporkan dalam satu minggu (Sam Baker, 2020)



Gabenor Hokkaidō, Naomichi (kanan) telah perintah semula keadaan darurat di Pulau ini berikutan gelombang kedua coronavirus. Imej kredit: JIJI Press/AFP melalui Getty Image



Menurut daily.co.uk, kes di jepun ini pada mulanya dipuji atas penyingkatan perintah darurat dengan hanya selama tiga minggu sahaja, tetapi apabila gabenor Wilayah Naomichi telah menghentikan perintah berkurung itu, gelombang kedua jangkitan pula menyelar dan sekaligus menjadikan ia lebih sukar dikawal.


"Sekarang saya menyesal, sepatutnya kita tidak perlu menghentikan perintah darurat yang pertama,"

- Dr. Kiyoshi Nagase, Pengerusi Persatuan Perubatan Hokkaidō, yang membantu menyelaras sambutan kerajaan, dengan memberitahu cawangan tersebut.


Kerajaan tempatan Imegresen telah menilai kesan yang akan ada pada penyebaran coronavirus di Pulau itu tetapi tidak mengambil kira penghijrahan domestik.


Stesen Kereta Api Bawah Tanah Sapporo Di Wilayah Hokkaido. Kredit Gambar: Reuters



Yoko Tsukamoto, seorang Profesor kawalan jangkitan di Universiti Sains Kesihatan Hokkaidō berkata bahawa dengan menghentikan perintah darurat itu adalah keputusan yang terlalu awal.


"Pada masa itu, kami tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan kami tidak mempunyai pemahaman yang mencukupi tentang penyakit ini."


Jepun setakat ini disahkan mempunyai kira-kira 15,000 kes coronavirus, termasuk kira-kira 700 dari Diamond Princess Cruise yang telah dikuarantin di Tokyo pada bulan Februari lalu, (Kyodo News, 2020).


Kira-kira 470 kematian telah dilaporkan.


Kerajaan Metropolitan Tokyo mengesahkan 46 jangkitan baru pada Khamis lalu, menurut laporan.


Negara Jepun sedang mempertimbangkan untuk memperluaskan keadaan darurat di seluruh negara sehingga akhir Mei untuk membantu menghalangi penyebaran virus terus tersebar (Kyodo News, 2020).


Selain daripada itu, menurut Amanda Woods (2020) melalui New York Post, Kes Hokkaido ini adalah sebagai peringatan kepada pemimpin negara yang lain — termasuklah Amerika Syarikat.


"Hokkaidō telah menunjukkan contoh kepada semua Negara yang lain, bahawa apa yang berlaku di Amerika Syarikat dengan perintah Gabenor yang membuka sekatan perintah berkurung adalah sangat berbahaya; sudah tentu anda tidak boleh menutup lalu lintas antara negeri tetapi anda perlu meletakkan kawalan di tempat, "katanya. "Itulah apa yang kita tahu: walaupun anda mengawal gelombang pertama, anda tidak boleh relax."

Adakah Negara Malaysia kita perlu mengambil iktibar dan pengajaran dari kisah Hokkaido Jepun ini juga?

Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


Amanda Woods (2020), Japanese island hit by second wave of coronavirus after ending lockdown early. Retrieved from: https://nypost.com/2020/04/30/hokkaido-hit-by-second-wave-of-coronavirus-after-ending-lockdown-early/


Kyodo News (2020), Japan mulls 1-month extension to state of emergency over coronavirus. Retrieved from: https://english.kyodonews.net/news/2020/04/ad7df14851f6-japan-mulls-1-month-extension-to-state-of-emergency-over-coronavirus.html

Sam Baker (2020), Japanese island is hit by a second wave of coronavirus after ending three-week lockdown when cases fell to single digits - as infections soar to 135 in a week. Retrieved from: https://www.dailymail.co.uk/news/article-8270245/Japanese-island-hit-second-wave-coronavirus-ending-lockdown-early.html

23 views0 comments
bottom of page