top of page

PATI & Etnik Rohingya Rampas Hak Nelayan Tempatan & Cadang Tubuh Persatuan?



Foto Hiasan. Sumber: My Metro



Menerusi Portal Berita Harian melaporkan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah semakin berani melanggar undang-undang negara berserta berani merampas hak nelayan tempatan. Ekoran daripada itu, Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Che Ani Mat Zain menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan tegas terhadap warga PATI ini lebih-lebih lagi golongan etnik Rohingya yang telah dikesan ingin turun menjadi nelayan di negara ini.


Menurut Che Ani, pendapatan nelayan tempatan telah terjejas disebabkan nelayan PATI dan etnik Rohingya turut serta dalam aktiviti penangkapan hasil laut secara tidak langsung ternyata telah memberi impak kepada komuniti nya (Nelayan Tempatan).


Persatuan (JARING) itu juga melahirkan rasa kesal dan bimbang apabila telah menerima banyak aduan daripada nelayan pantai di Semenanjung mengenai kehadiran PATI, dan kini etnik Rohingya pula turut menangkap ikan.


Che Ani berkata: “ Mereka dikesan mempunyai sampan dan menjalankan aktiviti memukat sehingga mengganggu sumber pencarian nelayan tempatan”.



PERSATUAN Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (JARING), Che Ani Mat Zain. Kredit Gambar: Berita Harian/NSTP/Ihsan JARING




Selain daripada itu, golongan itu turut didakwa menceroboh Kawasan paya bakau dengan menebang pokok bakau dan membina rumah. Sikap agresif golongan ini juga terlihat seperti ahli kumpulan samseng ini rata-rata telah menimbulkan kebimbangan nelayan tempatan.


Menurut laporan di Negeri Pulau Pinang, terdapat 40 pemilik sampan yang dipercayai merancang menubuhkan Persatuan Nelayan Rohingya Pulau Pinang di Kawasan Teluk Kumbar yang jelas telah melanggar Akta Persatuan Nelayan 1971.


Kes penyeludupan pelarian juga dibimbangi kerana ianya lebih senang dilakukan terutama di perairan Kedah dan Perlis apabila pihak penguatkuasa yang kurang tegas kepada golongan ini.


Apa kata anda? Sememangnya Malaysia telah dibanjiri dengan golongan PATI dan etnik Rohingya. Tindakan yang tegas perlu diambil bagi membendung terjejasnya ekonomi tempatan termasuklah nelayan tempatan kita.


Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


The Twin TV Youtube (2020), Rohingya Makin berani, sekarang jadi NELAYAN, malah RANCANG TUBUHKAN persatuan NELAYAN ROHINGYA. Retrieved from: https://www.youtube.com/watch?v=1Z8Q344RayU

33 views0 comments
bottom of page