top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Kajian SUTD Menjangkakan Covid-19 di Malaysia Bakal Pulih pada Awal Mei



Sebuah berita baik buat rakyat Malaysia apabila didapati sebuah kajian dari University of Technology and Design (SUTD), Singapura meramalkan penularan wabak COVID-19 yang menjejaskan pelbagai pihak bakal berakhir seawal 6 Mei ini.

Menurut SUTD, data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu ini menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) beserta jangkaan diatas graf.

Untuk pengetahuan, kaedah ini turut pernah digunakan sebelum ini bagi beberapa penyakit lain seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) serta AIDS.





Berdasarkan kajian yang dikongsikan, dunia hanya akan pulih sepenuhnya daripada wabak COVID-19 seawal 8 Disember ini manakala 29 Mei ini bakal menyaksikan peratusan jangkitan ini bakal menurun kepada 97 peratus.

Jangkitan wabak global di Amerika Syarikat (AS) yang paling teruk terjejas dengan 936,293 jangkitan selain 53,511 kematian dijangka berakhir pada 11 Mei. Perkara itu mungkin daripada hasil penilaian terbaharu wabak tersebut yang kini menunjukkan penurunan di beberapa tempat. Virus tersebut diramalkan berakhir di Singapura pada 4 Jun ini dengan 97 peratus penurunan sementara di Itali pada 7 Mei, Jepun (18 Mei), Indonesia (6 Jun), India (21 Mei), Mesir (19 Mei) dan Filipina (8 Mei).

Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


Umavathi Ramayah (2020), COVID-19 di Malaysia dijangka beransur pulih awal Mei - Kajian SUTD. Retrieved from: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/covid-19-di-malaysia-dijangka-beransur-pulih-awal-mei-kajian-sutd-240232


Chee Kin (2020), Covid-19 Pandemic In Malaysia Predicted To End By EARLY MAY According To New University Study. Retrieved from: https://worldofbuzz.com/covid-19-pandemic-in-malaysia-predicted-to-end-by-early-may-according-to-new-university-study/


SUTD (2020), When Will COVID-19 End? Data-Driven Prediction – SUTD? Retrieved from: https://people.sutd.edu.sg/jianxi_luo/public_html/COVID19PredictionPaper20200426.pdf

15 views0 comments

Comments


bottom of page