Lagi berapa hari lagi kita bakal menyambut hari raya, anda pasti tercari-cari idea mendekorasi rumah anda kan? Semestinya bila kita nak hias rumah, mesti kita akan berbelanja untuk membeli pelbagai barang hiasan yang sebenarnya dipakai hanyalah setahun. Rasa membazir kan?
Disini kami kongsikan beberapa idea yang anda boleh gunakan untuk tujuan dekorasi rumah secara DIY oleh Property Guru.
1. Hiasan Kad Raya / Sampul Raya
Kredit Gambar: aminin.com
Kalau tiada hiasan gantung-gantung bukan raya namanya kan? Kali ni kita deko sikit dekat dinding-dinding rumah anda.
Kalau dulu-dulu zaman kegemilangan raya mesti ade kad raya digantung menghiasi dinding rumah. Kembalikan kenangan dan memori anda seperti dahulu, gantunglah sampul atau kad raya anda yang terkumpul dari tahun-tahun sebelum tu. Caranya tidaklah susah, Cuma tebuklah lubang pada setiap bucu kad / sampul raya, ikat pada tali dan gantungkan ia di ruang dinding yang anda kehendaki untuk hias!
2. Penggunaan Lampu Kelip-Kelip
Kredit Gambar: homemakerdiary.blogspot.com
Lampu kelip-kelip adalah benda wajib ada dekat rumah time raya! Lampu kelip-kelip ni murah je dan mudah sangat nak pasang. Kita just pilih corak dan deko yang bersesuaian dan gantung di dinding dalam rumah. Jangan lupa gantung lampu kelip-kelip dekat luar jugak, baru cantik orang Nampak rumah kita meriah time raya.
3. Photobooth Raya
Kredit Gambar: aminin.com
Kalau dapat buat photo booth ni memang sah akan menjadi tarikan utama untuk seisi keluarga dan tetamu. Sekarang ni kan zaman selfie, wefie and sume nak nampak cantik bile upload gamba kat instagram kan?
So, kalau ade ruangan kosong kat rumah, tak kesah la kat ruang tamu ke atau dekat bawah porch, boleh sangat ler nak setup photo booth ni. Letak langsir yang sesuai untuk background, pastu hias gune prop-prop raya. Susun tikar mengkuang, pastu bawak keluar la periuk belanga kat belakang tu. Nak bagi real lagi, letak tempat bakar lemang, kacau dodol, lampu pelita bagai. Mesti meriah dan paling hit photo booth raya korang nanti!
4. Hiasan Dinding dan Meja Tepi
Kredit Gambar: Imajin.com
Karya kaligrafi ataupun ukiran seni memang sangat sesuai kalau nak digunekan untuk menghias dinding ataupun meja tepi. Carilah karya-karya yang ade ciri-ciri Islamik seperti ayat suci atau kalimah tauhid. Ruang yang diletakkan karya ni bukan je nampak cantik dan indah, tapi akan buat tetamu rase tenang dan aman.
Frame gambar yang bentuk box tu pun sangat cun kalau nak hias dinding atau meja tepi.
Boleh la print gambar-gambar yang ucap 'Selamat Hari Raya' pastu letakkan dalam frame dan gantung kat dinding.Kalau nak lagi kreatif, boleh lukis sendiri ataupun gune manik-manik ke, glitter ke, untuk buat design dalam frame tu.
5. Meja Buffet Khas Raya
Kredit Gambar: candyland buffet
Pergi event apa-apa sekarang, macam wajib pulak kene ade meja candy buffet kan? So, apa kata untuk raya kali ni, kite buat meja candy buffet istimewa khas untuk Hari Raya lak. Letak alas meja yang fancy skit, pastu hias dengan apa-apa hiasan Hari Raya. Letak la banner Selamat Hari Raya ke, gantung langsir kristal kat belakang meja tu k. Yang penting, biar meriah.
Dah siap hias, boleh susun biskut raya, ketupat, dodol dan semua manisan-manisan time raya kat atas meja tu. Tetamu nak amek biskut raya pun senang, dah tak bercampur tempat dengan lauk-lauk raya yang lain sebab time raya ni la abes sume makanan nak keluar kan?
6. Mood Raya Dekat Luar Rumah!
Kredit Gambar: hydraberd event
Mana-mana rumah yang ade garden luas kat belakang tu, boleh la setup mood Hari Raya tu kat luar sekali. Hampar karpet kat atas rumput tu, pastu susun kusyen kat atas tu untuk tetamu duduk. Karpet dan kusyen tu biarlah ade corak-corak yang sesuai dengan tema hari raya. Kalau boleh letak meja rendah dengan hiasan Hari Raya kat tengah karpet tu pun lagi menarik!
Dah penuh dalam rumah, boleh lah pakat-pakat lepaking kat luar pulak. Asalkan tak hujan ye, kalau tak abes lah baju raya basah dan mekap cair. Penat je melaram lawa-lawa!
Bile Nak Start Deko Rumah Ni?
Haa boleh lah anda hias rumah anda dengan idea DIY seperti diatas ni. Jangan ingat disebabkan Covid-19 dan PKP ni kita jadi terbatas dalam melakukan aktiviti dan mood raya! Anda boleh menaikkan lagi mood raya anda dengan membuat sedikit kelaianan daripada selalunya. Dengan idea-idea DIY ni pasti raya anda akan jadi lebih menarik!
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Property Guru (2020), Hiasan Hari Raya: 10 Deko Rumah Yang Tak Terlalu Klise. Retrieved from: https://www.propertyguru.com.my/property-guides/deko-hari-raya-rumah-malaysia-tak-klise-14217
Comments