top of page

Betul Ke Kim Jong Un dah Mati? Watak Hero Crash Landing On You Adalah Kim Jong Un?

Oleh: Ashikin

26.4.2020


Siapa yang tidak kenal dengan dictator atau ‘Supreme Leader’ presiden Korea Utara yang terkenal dengan sifat bengis dan panas barannya.


Beliau mengambil takhta sebagai presiden Korea Utara selepas kematian bapanya, Kim Jong II.


Kredit Foto: koranseruya.com


Menerusi penulisan Aiman Nazirmuddin (2020), Media sosial mula heboh dengan berita kematian pemimpin Korea Utara Kim Jong Un yang belum disahkan lagi setelah Wakil Pengarah TV Satelit Hong Kong mendakwa bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara telah mati.


Manakala bagi pakar Semenanjung Korea dan ketua dewan The World and Northeast Asia Peace Forum, Jang Sung Min mendedahkan bahawa dia yakin bahawa berita kematian pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong Un adalah benar.

“Keadaan kesihatan Kim Jong Un sangat serius, dan pagi ini, pentadbiran Korea Utara sampai pada kesimpulan bahawa mustahil baginya untuk pulih,” kata Jang Sung Min seperti dipetik di International Business Singapore.



Kredit Foto: ibtimes.sg



Ketika diminta untuk mengesahkan adakah pemimpin Korea Utara telah meninggal dunia atau tidak, dia dilaporkan mengelak untuk memberi jawapan dan berkata, “Itu sahaja yang anda perlu tahu buat masa ini.”


“Kita harus memahami risiko mengenai berita kematiannya dan mempersiapkan tindakan balas untuk mencapai senario mendatang,” katanya sambil menambahkan bahawa “Sehingga Kim Jong Un belum muncul kembali sebagai eksekutif untuk urusan Korea Utara, kita harus menganggap dia telah meninggal dunia dan mengambil langkah diplomatik yang diperlukan.”


Beberapa hari yang lalu, CNN melaporkan bahawa pemimpin tertinggi Korea Utara berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan kardiovaskular dan pihak pentadbiran telah mengambil maklum situasi ini dengan teliti.





Kesahihan itu masih menjadi tanda Tanya dunia.

Sementara itu, Ayman Rashdan Wong juga ada berkongsi tentang berita kematian Kim Jong Un yang di laporkan oleh berita CNN Indonesia disifatkan seakan ‘kelakar’ dek kerana media Indonesia itu meletakkan gambar Hyun Bin yang pegang watak Ri Jeong Hyeok di dalam drama Crash Landing On You.


Berikut merupakan perkongsian beliau menerusi akaun twitter:














Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:

Aiman Nazirmuddin (2020), Pakar Semenanjung Korea Percaya Kim Jong Un Telah Meninggal Dunia. Retrieved from: https://www.thevocket.com/pakar-semenanjung-korea-percaya-kim-jong-un-telah-meninggal-dunia/



Bhaswati Guha Majumder (2020), Korean Peninsula expert believes North Korea's Kim Jong Un is dead; pictures, reports flood social media. Retrieved from: https://www.ibtimes.sg/korean-peninsula-expert-believes-north-koreas-kim-jong-un-dead-pictures-reports-flood-social-43729

44 views0 comments
bottom of page