Istiadat angkat sumpah jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka telah berlangsung di Balai Istiadat, Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh di sini pada 5 Jun hari ini.
Jabatan Ketua Menteri Melaka dalam kenyataan kepada Bernama memaklumkan istiadat itu dijadualkan bermula pada 10 pagi dan pengisytiharan jawatan Yang Dipertua Negeri Melaka akan dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Hasim Hasan.
Yang Dipertua Negeri Melaka kemudian mengangkat sumpah dan menandatangani Surat Cara Sumpah Jawatan sebelum menyampaikan ucapan.
Istiadat diteruskan dengan lafaz taat setia oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Abdul Halim Tawil.
Semua yang hadir telah mematuhi kod etika pakaian isitiadat yang ditetapkan.
Majlis dijadualkan berakhir pada 11.30 pagi tadi. - Bernama
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam diatas pelantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.
Setulus Ikhlas daripada Warga MELAKA INTERNATIONAL TRADE CENTRE (MITC).
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
BERNAMA
Comments