Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjadi individu yang paling diingati sepanjang tahun ini. Kehadiran beliau sering ditunggu-tunggu setiap hari untuk mengumumkan perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia. Rata-rata rakyat Malaysia kagum dengan beliau dalam menangani krisis COVID-19 yang melanda bukan sahaja Malaysia malah dunia.
Setiap hari, tanpa rasa jemu beliau akan menjawab soalan dari wartawan ketika sidang media dijalankan. Lebih mengagumkan, setia di soalan dijawab dengan lancar dan difahami oleh semua orang.
Namun pada hari semalam, sedikit berbeza dari sidang media sebelumnya. Tanpa sedar, beliau bercakap dengan nada sebak dan menitiskan air mata di hadapan media. Dalam video yang dimuatnaik oleh Berita TV9 itu , Dr Noor Hisham mengucapkan selamat tinggal kepada rakan seperjuangannya, Datuk Dr Rohaizat bin Yon.
Ketika menutup ucapannya, Dr Noor Hisham mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dr Rohaizad kerana komitmen yang diberikan dalam bersama-sama memerangi wabak COVID-19.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Berita TV9
Comentarios