top of page

Dr. Noor Hisham Abdullah Antara Tiga Doktor Terbaik dan Diyakini Di Mata Dunia - CGTN

Oleh: Ashikin

16.4.2020



Kredit Foto: KKM


Stesyen TV Cina baru-baru ini telah mengiktiraf Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang doctor terbaik dan diyakini dunia atas usahanya dalam menangani wabak tular Covid-19 di Negara ini. Menurut laporan Rangkaian TV Global Cina (CGTN), selain Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Dr. Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr. Ashley Bloomfield dari New Zealand juga turut tersenarai dalam pengiktirafan tersebut.





Dr Fauci, Dr Noor Hisham dan Dr. Bloomfield disifatkan individu paling dipercayai di negara masing-masing ketika ini. (Kredit Foto: Astro Awani)


Mengambil dari petikan Astro Awani, Ketiga-tiga mereka menerima pujian masyarakat sejak beberapa minggu ini kerana menjadi sumber maklumat yang dipercayai dan Berjaya menenangkan orang ramai di Negara masing-masing ketika panik melanda akibat dari penularan wabak berkenaan.



Selain memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, 56 tahun dilabel sebagai individu paling dipercayai oleh rakyat Malaysia kerana kekerapannya dalam mengemas kini data dan situasi semasa Covid-19 melalui platform media sosial.



Tambahan lagi, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah juga dipuji kerana sentiasa bersabar dalam menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan oleh wartaan semasa sesi sidang media.



Dr. Anthony Fauci dan Dr. Ashley Bloomfield juga disifatkan sebagai individu berpengaruh di Negara masing-masing menerusi kerja mereka yang konsisten dalam mengemas kini maklumat terbaharu dan sering dilihat bertugas dalam tempoh masa yang lama.




Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini



SUMBER:


Madiha Abdullah (2020), Saluran TV China Senaraikan Dr. Noor Hisham Antara Tiga Doktor Terbaik dan Diyakini. Retrieved from: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/saluran-tv-china-senaraikan-dr-noor-hisham-antara-tiga-doktor-terbaik-dan-diyakini-238533


Rahimy Rahim (2020), China’s CGTN Names Dr. Noor Hisham one of World’s Top Doctors. Retrieved from: https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/04/15/china039s-cgtn-names-dr-noor-hisham-one-of-world039s-top-doctors


32 views0 comments
bottom of page