top of page

Berkurung Dengan Si Kaki Dera: Laporan Keganasan Rumah Tangga di India Meningkat

Oleh: Ashikin

19.4.2020

Susulan dari Covid-19, perintah berkurung di India dilanjutkan kepada 3 Mei, Suruhanjaya Kebangsaan untuk Wanita melaporkan banyak menerima aduan.


Di Chennai India, perkara yang berbeza apabila Covid-19 seluruh negara telah menerima perintah berkurung berlaku. Rukmini (2020) melaporkan, banyak wanita di India telah menghadapi keganasan rumah-tangga oleh suami mereka di rumah. Terdapat beberapa laporan mengenai wanita di India yang mempunyai penyalahgunaan fizikal dari mereka yang menganggur, suami beralkohol sejak daripada awal tahun perkahwinan mereka.


Foto Kredit: Daily News



NCW Melaporkan Kes Yang Meningkat


Suruhanjaya Kebangsaan India untuk wanita (NCW) pada hari Jumaat yang lalu berkata ia mendaftarkan kes keganasan sebanyak 587 dari penduduk tempatan. Aduan diterima antara 23 Mac hingga 16 April. Peningkatan ketara diterima dalam tempoh 25 hari sebelumnya diantara 27 Februari dan 22 Mac adalah sebanyak 396 aduan.


Satu dalam enam aduan baru tentang keganasan rumahtangga telah dibuat melalui What'sApp yang dilancarkan semula di India.





Disebabkan nombor What’sApp yang tidak digunakan beberapa masa, pegawai NCW tidak dapat menjejaki dan telefon pada pengadu tersebut.


Pihak NCW hanya bergantung kepada wanita India agar dapat melaporkan keganasan rumah-tangga kepada nombor talian bantuan tetap dan melalui pos, tetapi malangnya, kedua-dua kaedah komunikasi ini ditutup sejak perintah berkurung kelmarin.


Suruhanjaya Kebangsaan India untuk wanita (NCW) kemudiannya menghebakan alamat e-mel kepada ahli-ahlinya dan mula menerima aduan di media sosial dan juga melalui Portal dalam talian. Hal ini berlaku hanya di Negara India sahaja di mana hanya satu pertiga daripada wanita India tersebut mempunyai akses kepada internet.


Feminist ahli ekonomi Ashwini Deshpande telah menganalisi data NCW bagi bulan Mac dan April pada tahun 2019 dan 2020.


Beliau mengira purata aduan setiap hari dan mendapati bahawa aduan berkaitan dengan keganasan rumah-tangga meningkat, manakala aduan mengenai rogol, cubaan merogol dan serangan seksual pula dilaporkan menurun.

Malah pada masa yang normal, wanita yang menghadapi keganasan rumah-tangga di India jarang memberi laporan kepada polis.

Satu pertiga daripada wanita dalam penyiasatan Kesihatan Keluarga Kebangsaan India (NFHS) pada 2015-2016 melaporkan, mereka telah mengalami keganasan rumah-tangga, tetapi kurang daripada 1 peratus daripada mereka meminta bantuan daripada polis.


Kejiranan atau komuniti mereka juga tidak sentiasa membantu melindungi wanita yang menghadapi penderaan.


Menurut kajian NFHS, 52% daripada wanita dan 42% daripada lelaki percaya bahawa suami dibenarkan untuk mendera isterinya. Menunjukkan rasa tidak hormat terhadap perundangan adalah ‘top reason’ mengapa responden menganggap mendera isteri adalah salah satu perkara yang boleh diterima.


Dan ini bukan baru pertama kali terjadi.

“Peningkatan Global mengenai Keganasan Rumah-Tangga yang Mengerikan”



Kebanyakan negara di seluruh dunia sedang melihat peningkatan tentang keganasan rumah-tangga yang berlaku di India. Hal ini membuatkan Ketua Setiausaha Negara Bersatu iaitu Antonio Guterres menggesa kepada kerajaan untuk memberikan lebih perhatian sekaligus membantu dalam mencegah peningkatan global yang teruk dalam keganasan rumah-tangga.


Tetapi di bahagian lain Dunia, mekanisma untuk melindungi wanita daripada dikurung dengan si kaki dera adalah dengan mengambil kira penjarakkan sosial dan perintah berkurung itu sendiri.


Selain itu pula, pihak Kerajaan Perancis telah berjanji untuk membuka Pusat Kaunseling dan membayar bilik hotel untuk mangsa yang mengalami keganasan rumah-tangga, dan juga telah digalakkan untuk mendapatkan bantuan ubat-ubatan di farmasi.


Sementara di Itali, kerajaan telah melancarkan aplikasi yang membolehkan mangsa keganasan rumah-tangga tempatan untuk mendapatkan bantuan tanpa membuat panggilan telefon.


Manakala di India pula, tindak balas itu seolah bermain ‘tarik-tali’ bersama kerajaan meraka disana.


Langkah-Langkah Berkurung


Beberapa kumpulan wanita di India telah lebih bersedia dan telah menjangkakan peningkatan dalam keganasan rumah-tangga ini.


Sebelum perintah berkurung mula berkuat kuasa, Yayasan Antarabangsa yang berpangkalan di Chennai telah melakukan beberapa langkah pencegaha seperti pencegahan jenayah dan penjagaan mangsa dengan mengalihkan panggilan mereka kepada telefon bimbit kaunselor, membantu wanita menyerahkan dokumen yang mereka perlukan untuk menyimpan ke perkhidmatan berasaskan dalam talian, dan memulakan perkhidmatan WhatsApp.


Untuk minggu pertama, bilangan panggilan mereka jatuh, dan mereka percaya ini adalah kerana wanita pada dasarnya dikurung bersama si kaki dera. Rukmini (2020).

Tidak lama kemudian, wanita mula menelefon pada lewat malam atau dari bilik anak mereka, dan data panggila mula meningkat.

Tekanan kemasukan alkohol, kekangan kewangan dan kekurangan akses kepada alkohol telah memburukkan lagi faktor, kata Rukmini.


Di Tamil Nadu, pegawai perlindungan, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri, dibenarkan membuat pergerakan semasa perintah berkurung, dan Rukmini berkata sesetengah wanita dalam situasi yang berbahaya telah diselamatkan dan dipindahkan ke tempat perlindungan yang telah disediakan.


Hampir satu pertiga wanita di India mengalami Keganasan Rumah Tangga. Sumber: Al-Jazeera


Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


Rukmini. S. (2020). Locked Down With Abusers: India Sees Surge In Domestic Violence. Retrieved from: https://www.aljazeera.com/news/2020/04/locked-abusers-india-domestic-violence-surge-200415092014621.html

52 views0 comments
bottom of page