top of page

8 Fakta Pelik Kim Jong Un Yang Diceritakan Oleh Rakan Sekelasnya


Sumber: Daily News


Kim Jong Un merupakan Presiden Korea Utara yang terkenal dengan sifat yang tidak baik. Walaupun beliau sering dikaitkan dengan sifat-sifat yang tidak baik oleh media barat, beliau tetap seorang manusia biasa seperti kita.


Beliau pernah bersekolah di sekolah berasrama Liebefeld Steinholzli Schule, di Switzerland di Antara tahun 1998 hingga 2000.


Menurut rakan-rakan sekolahnya, Kim Jong Un merupakan seorang yang agak pendiam.


Mengambil informasi petikan dari Iluminasi.com berkongsi mengenai 10 fakta mengenaik Kim Jong Un yang diceritakan sendiri oleh rakan sekelasnya.



1. Aman Meminati Kasut Air Jordan

Kim Jong Un amat meminati sukan bola keranjang, lebih-lebih lagi pasukan Chicago Bulls.

Ketika beliau berumur 17 tahun, sebuah bilik di apartmentnya dijadikan sebagai bilik khas untuk menyimpan kasut kesayangannya itu. Beliau juga banyak menghabiskan masa lapangnya dengan melukis gambar Michael Jordan.


2. Mempunyai Nama Samaran

Beliau mempunyai nama samaran ketika bersekolah di Switzerland, untuk mengelakkan orang ramai mengetahui bahawa beliau anak kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong Il.

Beliau mendaftarkan namanya sebagai Pak Un. Beliau memberitahu bahawa beliau merupakan anak kepada duta Korea Utara.

Namun para guru dan pelajar lain menyedari bahawa ibu-bapanya tidak pernah hadir dalam majlis yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

3. Meminati Filem Aksi

Kim Jong Un dikatakan agak tidak pandai bersosial terutamanya dengan perempuan, menurut rakannya.

Jika beliau tidak menonton perlawanan bola keranjang, beliau biasanya menonton filem aksi dan dilaporkan beliau amat menyukai filem-filem Jackie Chan.

4. Tidak pandai simpan rahsia

Walaupun keluarganya mencuba sedaya upaya untuk merahsiakan identitinya, Kim Jong Un tidak dapat menahan perasaannya dan pernah memberitahu bahawa beliau merupakan anak kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Il.


Menurut rakannya, Joao Micaelo, Kim pernah memberitahunya asal-usul beliau dalam satu perbualan Antara mereka. Namun, Joao tidak mempercayai dan mengganggap Kim berbohong.


“Biasanya mereka yang berstatus begini tidak akan bersekolah di sekolah biasa”, kata Joao Micaelo kepada CNN pada tahun 2010.

5. Amat Bencikan makanan sejuk

Rakannya, Joao selalu melawat beliau di apartmentnya yang terletak di ibu pejabat Kedutaan Korea Utara.

Joao yang mengetahui perwatakan Kim yang biasanya agak pendiam, terkejut dalam satu insiden ketika mana Chef Kedutaan tersebut seakan dimarahi Kim kerana menghidangkan spaghetti yang tidak panas.

6. Menyukai pakaian sukan


Walaupun anak seorang pemimpin tertinggi Negara, Kim lebih cenderung untuk berpakaian yang beliau rasa selesa, dan bukan sebab penampilan.

Almari beliau penuh dengan pakaian sukan Nike, yang beliau selalu pakai untuk ke kelas.

7. Sangat sukakan keju Swiss

Kim Jong Un suka bermegah-megah mengenai berapa banyak yang beliau boleh makan, secara tak langsung membuatkan selera makan beliau meningkat secara mendadak.

Dilaporkan beliau amat menyukai keju Swiss sehinggakan beliau mengarahkan tukang masak peribadinya supaya mempelajari masakan Perancis, untuk cuba menghasilkan keju Emmental yang beliau sangat suka ketika di sekolah.

Berat beliau meningkat sebanyak 40kg dari 2012 hingga 2016

8. Hilang tanpa dapat dikesan

Ketika tahun akhir persekolahan., beliau masih mempunyai beberapa bulan untuk dihabiskan. Namun, beliau secara tiba-tiba hilang pada tahun 2000. Beliau tidak menunjukkan langsung tanda-tanda yang beliau akan meninggalkan Switzerland dan juga tidak memberikan alamat rumahnya.

“Kami beranggapan beliau sakit dan akan kembali ke sekolah bila-bila masa. Saya berharap beliau akan menjadi seorang dictator yang baik. Tapi biasanya dictator adalah seorang yang tidak baik”, kata bekas rakan sekelasnya, Nikola Kovacecic.

Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


Jake Rossen (2017), 10 Things We Learned About Kim Jong-Un From His Classmates. Retrieved from: https://www.msn.com/en-sg/news/world/10-things-we-learned-about-kim-jong-un-from-his-classmates/ar-BBAnvNc?li=BBr8YXK

Kay Suhaimi (2017, 8 Fakta pelik tentang Kim Jong Un yang diceritakan rakan sekolah. Retrieved from: https://iluminasi.com/bm/10-fakta-pelik-mengenai-diktator-kim-jong-un-yang-diceritakan-oleh-rakan-sekelasnya.html

92 views0 comments
bottom of page