Oleh: Ashikin
23.4.2020
Susulan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa sejak 18 Mac lalu, ramai yang terjejas kerana tidak boleh keluar bekerja seperti biasa untuk mencari pendapatan bagi menampung pendapatan harian keluarga.
Bagaimanapun, pelbagai bentuk inisiatif diberikan oleh kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat yang terjejas teruk dengan memberikan bantuan menerusi Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
KEBANYAKAN rakyat Indonesia mencemburui keperihatinan Kerajaan Malaysia membantu rakyatnya dalam melawan bersama Covd-19 dan dikatakan antara negara terbaik yang menguruskannya.
Malah, kebanyakan mereka terkejut dengan situasi terkini di Malaysia dengan langkah-langkah diambil kerajaan menyebabkan rakyat Malaysia tidak panik dan kelam kabut menghadapi bencana sebegini besar.
Warganet di Indonesia dilihat memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam membantu rakyat yang terjejas akibat COVID-19, antaranya dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan bantuan-bantuan lain.
Menerusi video Youtube yang disiarkan oleh seorang Youtuber Macan Idealis bertajuk "Mengejutkan! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia", satu temubual diadakan bersama Prof Dr Irwandi Jaswir yang juga pakar dalam bidang bioteknologi.
Macan Idealis yang menemuramah Prof. Dr. Irwandi Jaswir, mengenai kondisi terkini di Malaysia ternyata terkejut malah menyatakan keadaan ini menyebabkan walaupun sebelumnya berlaku pelbagai masalah politik di Malaysia, kecekapan serta keperihatinan kerajaan menyebabkan rakyat berdiri di belakang pemerintah, malah sekiranya pembangkang melakukan tindakan sebaliknya pasti akan dikritik oleh rakyat.
Irwandi menyatakan keadaan di Malaysia membuktikan pemerintahnya sememangnya bersedia dan bijak menguruskan situasi bencana seperti Covid-19 ni.
4 Kebijakan pemerintah Malaysia yang dikagumi dan perlu dicontohi;
Pertama, semua maklumat dari satu sumber tiada percanggahan dari negeri atau daerah. Setiap hari rakyat dapat mendengar perkembangan terkini dari Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan dan pihak pemerintah tanpa ada percanggahan.
Kedua, jujur dan transperan, angka-angka statistik dapat diikuti dengan lengkap dan dari maklumat sahih, dapat dikesan pesakit dari kes demi kes ini memudahkan rakyat mengetahui dan memahami.
Ketiga, adanya jaminan dan keperluan asas dari kerajaan, hampir tidak ada mendengar orang kekurangan makanan, bahkan mahasiswa di universiti dan kolej mendapat makanan secara percuma dari pemerintah. Kekurangan bahan asas tidak ada di Malaysia, mereka berbelanja seperti biasa dan adanya jaminan kerajaan mengenai keperluan yang mencukupi.
Keempat, Pengumuman Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin membantu rakyat, meliputi semua golongan, menyediakan keperluan mencukupi di hospital bagi menangani pandemik Covid-19.
Pengumuman bantuan kepada rakyat seperti Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin menyebakan rakyatnya tidak pan1k dan patuh akan arahan kerajaan sehingga kepatuhan kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) begitu tinggi.
Malah, komen-komen di ruangan youtube berkenaan lebih mengejutkan apabila ada rakyat terus-menerus memuji kerajaan Malaysia dan mengharapkan kerajaannya menuruti langkah-langkah yang diambil.
“Waktu yg paling tepat Perdana Menteri Malaysia ambil alih pmerintahan. Cara dia berucap menyampaikan kpada rakyat seperti ayah kepada anaknya, terserlah rasa sayangnya kepada rakyat, semoga Allah panjangkan umurnya dan dikurniakan kesihatan yg berpanjangan, amin. Semoga Presiden Indonesia bisa mengikuti jejak langkah yg sama, amin,” kata Awang Adeng menerusi ruang komen berkenaan.
Lebih mengejutkan ada komentar yang menyatakan mengapa Sumatera tidak bergabung dengan Malaysia dahulu?.
“ENAK BANGET JADI ORANG MALAYSIA YA. Kenapa orang sumatera dulu milih gabung indonesia…??padahal mayoritas etnis sumatera sama sama melayu padahal,” luah Prabu Ranga Susana.
“Bener banget yg di bilang sama prof karena saya sendiri juga masih di malaysia… Andai saja di indonesia dapat kebijakan seperti di malaysia … tapi itu cuman mimpi !!.
“Saya bangga dengan segala keanekaragaman Indonesia, tapi jadi iri kalau lihat negara lain yang lebih baik membimbing dan mencintai rakyatnya,” kata seorang lagi komentar.
“Malaysia negara yang memikirkan keberadaannya rakyatnya,….menghargai dan menghormati rakyatnya…..beda sama negara kita banyak koruptor selalu menjual rakyat kurang mampu,….lihat malaysia bangga mereka menjadi rakyatnya,…kondisi dunia yang dilanda musibah,…disinilah keberadaan pemerintah yang perlu diharapkan anak negeri,” Raja Zibran Zibran Fahlefi.
“Malaysia sering membingungkan indonesia. Makin diketahui makin aneh. Seperti apa malaysia ya? Biar sering dijelik2 dihina.malah jalan terus,” kata Norasrianuar Asrianuar.
Sejak 16 Mac, Indonesia juga melaksanakan perintah Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) secara berperingkat-peringkat dalam menangani penularan COVID-19.
Indonesia juga turut mengumumkan pelbagai bantuan dan inisiatif kepada rakyatnya, termasuk pemberian bantuan kewangan berjumlah Rp600,000 (RM 168.41) sebulan selama tiga bulan dan bantuan kad sembako (kad keperluan barangan asas) bernilai Rp200,000 (RM 56.14) setiap bulan, selama sembilan bulan kepada 20 juta ketua keluarga yang layak. - BERNAMA
Baru-baru ini juga, seorang penyanyi lagenda dari Jepun turut memuji tindakan kerajaan Malaysia dalam meringankan beban rakyat ekoran pandemik COVID-19.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Macan Idealis (2020), Mengejutkan!! Beginilah Kondisi Terkini di Malaysia. Retrieved from: https://www.youtube.com/watch?v=rYPfFnUFWc4
BERNAMA
Comentarios