top of page

Diskaun 50 Peratus Lawati Pelancongan Melaka


Tourism Melaka mengaktifkan semula sektor pelancongan Negeri Melaka dengan melancarkan Kempen Promosi ‘Melakan Visit Melaka Packages 2020’ bagi menggalakkan orang Melaka melancong di negeri ini.


Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Saari Basiron berkata, kempen itu disediakan khas untuk orang Melaka yang mempunyai kad pengenalan 04 atau 30 serta yang beralamat di Melaka.


“Orang Melaka dapat menikmati tempat-tempat tarikan pelancongan dengan kadar diskaun sebanyak 50 peratus berbanding harga biasa yang ditawarkan.


“Terdapat 18 pengusaha produk-produk pelancongan yang turut serta dalam kempen ini dan ianya sah sehingga 31 Disember 2020.


“Terima kasih atas kerjasama dan sokongan semua penggiat industri pelancongan Negeri Melaka dalam menjayakan kempen ini. Let’s Dream Now & Travel Later,” katanya.





SUMBER:

Liana Sahabudin (2020), Diskaun 50 peratus lawati pelancongan Melaka. Retrieved from: https://www.melakahariini.my/diskaun-50-peratus-lawati-pelancongan-melaka/?fbclid=IwAR1rA1EIczgCUbVqKbgDAqL5MA6-18yX-4aydfBxa1ymhfhJdoK8nOounLo

19 views0 comments
bottom of page