Ketika dunia sedang giat memerangi penularan wabak pandemik Covid-19, barisan petugas hadapan Indonesia dilihat seperti sudah berputus asa.
Dengan ayat “Indonesia? Terserah!!!” menjadi trending di media sosial akibat daripada kekecewaan kebanyakan masyarakat di sana yang gagal mematuhi penjarakan sosial yang ditetapkan dalam membendung wabak Covid-19.
Selain kata kunci itu, tanda pagar #IndonesiaTerserah juga trending di media sosial dengan netizen Indonesia memberi komen, sindiran, dan menggunakan meme sebagai tanda tidak puas hati kepada mereka yang tidak endah kepada arahan pematuhan Pembatasan Sosial Berskala Besar (PSBB) yang dikeluarkan oleh kerajaan Indonesia sejak 15 Mac.
Tanda pagar itu dipercayai dimulakan oleh seorang petugas barisan hadapan di Indonesia pada 15 Mei lalu dan disokong oleh pengguna media sosial yang lain di Indonesia.
Tidak cukup itu, petugas barisan hadapan ini juga melahirkan rasa kecewa dan memaklumkan bahawa rakyat Indonesia menggunakan duit bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka telah digunakan untuk membeli baju raya, bukannya membeli stok makanan.
Sindiran tersebut juga diberikan kepada pihak berkuasa Indonesia yang dilihat tidak memaksimumkan penguatkuasaan peraturan-peraturan yang ditetapkan dalam PSBB.
Presiden Indonesia, Joko Widodo juga pernah menyatakan bahawa kunci keberhasilan pengendalian penyebaran Covid-19 adalah disiplin diri.
Namun, pada masa sama, dipercayai terdapat juga gambar yang disunting dan mengelirukan rakyat mengenai pematuhan PSBB antaranya ialah gambar ambar penunggang motosikal yang bersesak ketika berlakunya banjir buruk di Jakarta pada awal tahun 2020.
Menurut jurucakap pemerintah Indonesia, Achmad Yurianto Indonesia mencatat 1,391 kematian dan kes positif meningkat kepada 22,750 kes pada Isnin.
Setakat ini, Indonesia mencatatkan jumlah kematian tertinggi di Asia Tenggara akibat Covid-19.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
BERNAMA
Comments