top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Risiko Pengguna Kanta Lekap Semasa Covid-19. Ini Yang Perlu Anda Tahu.

Oleh: Ashikin

15.4.2020



Kredit Foto: Neoretina





Ketika Negara berhadapan dengan situasi Corona Virus, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa mengingatkan orang ramai agar sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah pencegahan. Hal ini kerana wabak Covid-19 ini sangat berisiko tinggi dan boleh dijangkiti menerusi sentuhan dan titisan air seperti bersin dan sebangainya.


Sejurus dengan itu, pengguna kanta lekap seluruh dunia haruslah berwaspada dan elakkan memakai kanta lekap dalam musim Covid-19 ini. Dalam satu laporan oleh American Academy of Ophthalmology (AAO), penggunaan cermin mata adalah pilihan yang tepat dan akan membantu orang ramai dalam menghindari dari terkena jangkitan virus tersebut.


Penggunaan kanta lekap lebih berisiko kerana kebiasaannya pengguna akan kerap menyentuh mata dan sekaligus ia boleh menyebabkan risiko jangkitan dari sentuhan tangan yang tercemar kepada sentuhan kanta lekap dan seterusnya ke mata pengguna.

Menurut info, penggunaan cermin mata bukan sahaja dapat mengurangkan risiko, tetapi ia juga dapat memberi perlindungan tambahan kepada mata dari terkena titisan air yang mengandungi virus.

Tambahan lagi, selain dari mengelakkan penggunaan kanta lekap, pengguna juga dinasihatkan agar kerap membasuh tangan, menjaga jarak sosial, jangan memegang muka, mata dan mulut kerana perkara-perkara ini yang bakal mendedahkan kepada setiap individu terhadap penyakit berjangkit Covid-19 ini.

Berikut adalah saranan dan panduan yang diberikan oleh CDC Amerika untuk semua pengguna kanta lekap:


1) Tabiat Anda


Kredit Foto: Zeis.com

Membasuh tangan dengan bersih sebelum memegang kanta lekap. Selepas mencuci tangan, pastikan anda lap tangan dengan kering sebelum memegang kanta. Ini kerana mikrob yang menyebabkan jangkitan mata boleh dijumpai dalam air.


Jangan tidur sambil memakai kanta lekap, melainkan atas saranan pakar mata. Kajian mendapati apabila anda tidur dengan kanta lekap, risiko mendapat jangkitan kornea dipanggil microbial keratitis menjadi 6-8 kali lebih tinggi. Kanta lekap dengan teknologi baru yang dikatakan boleh dipakai dengan tempoh yang lebih lama juga mempunyai risiko yang sama.


Elakkan kanta lekap daripada terkena air. Ini kerana kanta lekap juga merupakan factor kepada jangkitan acanthamoeba keratitis dimana ia disebabkan oleh ameba yang tinggal dalam air. Walaupun jangkitan ini agak jarang dijumpai, namun elakkan mandi, berendam atau berenang menggunakan kanta lekap.


2) Kanta Lekap Anda


Kredit Foto: Association of Optometrists

Cuci dan gosok kanta lekap menggunakan larutan serbaguna apabila ditinggalkan. JANGAN GUNA AIR BIASA ATAU AIR LIUR. Anda juga mesti menggosok kanta lekap dengan jari yang bersih kerana merendam sahaja tidak menyingkirkan bakteria yang melekat pada kanta lekap.


Jangan rendam kanta lekap dalam air. Ini atas sebab yang sama disebut sebelum ini iaitu risiko jangkitan acanthamoeba keratitis.


Buang kanta lekap dan gantikan dengan yang baru mengikut tempoh yang disarankan oleh pakar mata anda. Walaupun belum ada kajian menyeluruh mengenai risiko tidak menggantikan kanta lekap ini, namun tinjauan yang dibuat mendapati individu yang tidak mengikut jadual penggantian kanta lekap melaporkan mengalami komplikasi, mata menjadi kabur dan ketidakselesaan.


3) Bekas Kanta Lekap Anda

Kredit Foto: Self.com

Cuci dan gosok bekas kanta lekap menggunakan larutan serbaguna, sama seperti anda mencuci kanta lekap. Ini kerana terdapat satu lapisan lutsinar pada bekas yang dipanggil biofilem dan kajian mendapati ianya boleh menjadi tempat pembiakan kuman Mikroskopik yang menyebabkan jangkitan mata.


Menurut Persatuan Optometrik Amerika, anda perlu menggantikan bekas kanta lekap setiap tiga bulan.

4) Larutan Kanta Lekap Anda


Kredit Foto: Pavan Optical

Jangan ‘top up’ larutan dengan mencampurkan larutan lama dan larutan baru di dalam bekas kata lekap. Ini kerana larutan yang sudah terendam dalam bekas itu berisiko dijangkiti kuman daripada bekas dank anta lekap itu sendiri. Lapisan biofilem dalam bekas membuatkan larutan kurang berkesan dalam membunuh kuman. Jadi, sentiasa guna larutan yang baru untuk menyimpan kanta lekap.


Hanya menggunakan larutan yang disyorkan oleh doctor mata anda. Seorang pakar optometri akan membuat cadangan berdasarkan mata pesakit dan latar belakang perubatannya. Ini kerana ada kemungkinan mata anda atau kanta lekap yang dibeli tidak sesuai dengan sesuatu bahan dalam larutan itu.


Sekiranya anda menukar jenama atau jenis larutan, pastikan anda baca terlebih dahulu panduan dan sisipan yang disertakan bersama produk sebelu digunakan.



Kredit Foto: SightSave.com

Akhir kata, sekiranya anda seorang yang rabun, jangan lupa bawa cermin mata anda ke mana saja anda pergi sebagai backup plan.



Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


RUJUKAN:

Sandee LaMotte (2020), Do you wear contact lenses? You should switch to glasses to stop spreading the virus. Retrieved from: https://edition.cnn.com/2020/03/27/health/contact-lens-glasses-coronavirus-wellness/index.html


19 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page