top of page

Pengajaran disebalik Pendektan Pandemik Flu Tahun 1918 di Sepanyol

Oleh: Ashikin

13.4.2020


Apabila penyakit merbahaya seperti SARS dan Covid-19 muncul, perlumbaan dalam mencari kaedah perawatn baru telah bermula untuk merawat mereka yang terkena jangkitan penyakit ini. Selaras dengan polisi global, kerajaan mengeluarkan perintah berkurung dan perjumpaan awam beramai-ramai tidak lagi dibenarkan.


Sebenarnya kaedah yang dibuat oleh pihak berkuasa kesihatan ini merupakan kaedah yang sama digunakan dalam mencegah influenza yang merebak dunia 100 tahun dahulu. Walaupun pandemic pada tahun 1918 itu menggunakan hanya satu kaedah iaitu perintah berkurung, namun ianya berhasil dalam mengekang wabak daripada terus berleluasa. Pengajaran daripada pandemic terbesar dalam sejarah ini mungkin dapat membantu kita pada masa depan.


Secara ringkas, pakar kesihatan menemui satu penemuan bahawa pesakit yang menghidap selesema yang teruk apabila dirawat diluar, kesihatan mereka beransur baik berbanding mereka yang dirawat didalam rumah. Gabungan udara segar dan cahaya matahari seolah-olah telah mengurangkan kematian pesakit; dan jangkitan kakitanganperubatan.


Menurut Hobday & Cason (2009), terdapat bukti saintifik untuk ini. Penyelidikan menunjukkan bahawa udara di luar merupakan pembasmi kuman yang terbaik. Udara baru boleh membunuh kuman lain yang tidak sihat dan virus selesema. Begitu juga, cahaya matahari adalah kuman dan sekarang terdapat bukti ia dapat membunuh virus selesema.


Pesakit Influenza mendapat pendedahan cahaya matahari di Khemah Brooks kecemasan rawatan Udara terbuka di Hospital Boston. Staf perubatan tidak dibenarkan membuka topeng muka. (Arkib Negara - Kredit Gambar: Medium.com)




Rawatan Udara Terbuka tahun 1918


Bagi yang menyingkap sejarah pandemik, semua maklum tempat paling teruk untuk dijangkiti ialah berek dan kapal tentera. Kedua-dua tempat dilabel sedemikian kerana mempunyai system pengudaraan yang buruk dan meningkatkan risiko individu dijangkiti penyakit termasuk influenza.


Bila pandemik flu Sepanyol melanda pantai timur Amerika pada tahun 1918, seperti dijangka golongan askar dan kelasi yang menjadi mangsa. Memikirkan kebanyakan mereka ini dijangkiti akibat tempat yang dihuni mempunyai system pengudaraan yang teruk, para doctor ketika itu merasakan mereka perlu segera diberi uadara segar sebanyak yang mungkin.


Untuk mencapai kaedah itu, mereka diletakkan di dalam khemah dan apabila cuaca baik, pesakit-pesakit akan diletakkan di luar untuk beberapa seketika untuk menerima sinaran cahaya matahari. Bagi kebanyakan veteran Perang Dunia Pertama (WWI), rawatan sebegini bukan perkara baru kerana ia juga digunakan untuk merawat penyakit tuberculosis (TB).


Pesakit akan diletakkan diluar untuk menghidrup udara segar atau diletakkan didalam wad dimana tingkap wad akan dibuka pada waktu malam bagi membolehkan udara segar masuk. Rejimen rawatan ini amat popular sehinggalah penemuan antibiotic ditemui pada tahun 1950-an.


Udara Segar Pembunuh Kuman


Kaedah rawatan udara terbuka ini turut mendedahkan satu fakta menarik iaitu udara segar merupakan pembunuh kuman yang berkesan. Dan ini dibuktikan menerusi satu kajian yang dibuat oleh Kementerian Pertahan pada tahun 1960-an. Hasil kajian mendapati Faktor Udara Terbuka dilihat jauh lebih mernbahaya terhadap kuman berbanding udara dalam ruang dalaman dan amat efektif untuk rejim rawatan pada waktu siang dan malam. Faktor ini diwujudkan secara tiruan dalam ruang tertutup dengan syarat sistem pengudaraan mempunyai kadar pengudaraan yang tinggi. Dan ini boleh dicapai di hospital yang mempunyai siling tinggi dan tingkap yang besar.


Cahaya Matahari Pembunuh Kuman


Menerusi kaedah rawatan terbuka, ia membuka ruang kepada sinaran matahari untuk membunuh kuman-kuman merbahaya termasuk virus influenza. Semasa WWI, pakar-pakar bedah secara rutin menggunakan cahaya matahari sebagai cara merawat luka yang dijangkiti kuman.

Semua maklum bahawa cahaya matahari mengandungi khasiat vitamin D tetapi tidak ramai yang tahu ia juga merupakan pembunuh kuman yang berkesan. Dengan meningkatkan bilangan vitamin D yang diterima oleh pesakit, ia mengurangkan risiko jangkitan pernafasan dan peluang dijangkiti influenza.


Keperluan Topeng


100 tahun lepas, pakar-pakar perubatan yang mendepani pandemik flu Sepanyol tidak mempunyai akses kepada topeng N95 hari ini. Tetapi mereka juga bijak menghasilkan pelopor kepada topeng yang digunakan pakar-pakar perubatan hari ini. Untuk menghasilkan topeng muka yang efektif untuk barisan hadapan, lima lapis kain kasa diletakkan pada sebuah rangka dawai yang boleh menutup hidung dan mulut. Rangka tersebut dibentuk mengikut bentuk muka si pemakai dan menghalang penapis kasa dari menyentuh muka.

Topeng tersebut akan digantikan setiap dua jam dengan rangka topeng disembur dengan cecair pembvnvh kuman dan diletakkan lima lapis kain kasa yang baru. ni menunjukkan betapa pentingnya PPE kepada petugas-petugas yang berada di barisan hadapan dalam mendepani sesebuah wabak. Kegagalan sesebuah negara menyediakan PPE kepada petugas-petugas perubatan bakal mendedahkan mereka kepada bahaya termasuk bahaya jangkitan wabak pada petugas-petugas barisan hadapan.


Hospital Sementara


Paling penting, realitinya ialah sistem kesihatan moden tidak mempunyai keupayaan menangani pandemik wabak dan bakal menerima tekanan hebat. Justeru bagi mengelak situasi yang melanda dunia hari ini, negara-negara dunia perlu mendirikan hospital-hospital sementara bagi mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan moden hari ini.


Ini kerana dengan membina atau menukar kemudahan yang luas kapasiti sebagai hospital sementara, ia membolehkan hospital-hospital ini dapat menampung keperluan pesakit-pesakit wabak. Dan ini menjadi kunci bagaimana negara-negara dunia pada awal abad ke-20 berjaya mengurangkan kadar kem4tian dan jangkitan penyakit ketika itu.


Resepi ini kemudiannya ditiru China bukan saja semasa Covid-19 tetapi juga semasa penularan penyakit SARS pada awal dekad 2000. Kini, semakin banyak negara mempertimbangkan pilihan hospital sementara bagi mengurangkan tekanan kepada sistem kesihatan sedia ada.




For Reservation Venue and other Packages, Click Here

SOURCES:


1. Hobday RA and Cason JW. The open-air treatment of pandemic influenza. Am J Public Health 2009;99 Suppl 2:S236–42. doi:10.2105/AJPH.2008.134627.


2. Aligne CA. Overcrowding and mortality during the influenza pandemic of 1918. Am J Public Health 2016 Apr;106(4):642–4. doi:10.2105/AJPH.2015.303018.


3. Summers JA, Wilson N, Baker MG, Shanks GD. Mortality risk factors for pandemic influenza on New Zealand troop ship, 1918. Emerg Infect Dis 2010 Dec;16(12):1931–7. doi:10.3201/eid1612.100429.


4. Anon. Weapons against influenza. Am J Public Health 1918 Oct;8(10):787–8. doi: 10.2105/ajph.8.10.787.


5. May KP, Druett HA. A micro-thread technique for studying the viability of microbes in a simulated airborne state. J Gen Micro-biol 1968;51:353e66. Doi: 10.1099/00221287–51–3–353.


6. Hobday RA. The open-air factor and infection control. J Hosp Infect 2019;103:e23-e24 doi.org/10.1016/j.jhin.2019.04.003.


7. Schuit M, Gardner S, Wood S et al. The influence of simulated sunlight on the inactivation of influenza virus in aerosols. J Infect Dis 2020 Jan 14;221(3):372–378. doi: 10.1093/infdis/jiz582.


8. Hobday RA, Dancer SJ. Roles of sunlight and natural ventilation for controlling infection: historical and current perspectives. J Hosp Infect 2013;84:271–282. doi: 10.1016/j.jhin.2013.04.011.


9. Hobday RA. Sunlight therapy and solar architecture. Med Hist 1997 Oct;41(4):455–72. doi:10.1017/s0025727300063043.


10. Gruber-Bzura BM. Vitamin D and influenza-prevention or therapy? Int J Mol Sci 2018 Aug 16;19(8). pii: E2419. doi: 10.3390/ijms19082419.


11. Costantini C, Renga G, Sellitto F, et al. Microbes in the era of circadian medicine. Front Cell Infect Microbiol. 2020 Feb 5;10:30. doi: 10.3389/fcimb.2020.00030.


12. Sengupta S, Tang SY, Devine JC et al. Circadian control of lung inflammation in influenza infection. Nat Commun 2019 Sep 11;10(1):4107. doi: 10.1038/s41467–019–11400–9.


13. Jester BJ, Uyeki TM, Patel A, Koonin L, Jernigan DB. 100 Years of medical countermeasures and pandemic influenza preparedness. Am J Public Health. 2018 Nov;108(11):1469–1472. doi: 10.2105/AJPH.2018.304586.


14. Hobday Richard (2020), Coronavirus and the Sun: A Lesson from the 1918 Influenza Pandemic. Retrieved from: https://medium.com/@ra.hobday/coronavirus-and-the-sun-a-lesson-from-the-1918-influenza-pandemic-509151dc8065




23 views0 comments
bottom of page