top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Orang Melayu ke Orang Inggeris yang Pemalas Sebenarnya?

Oleh: Ashikin

18.4.2020

Pernahkah anda mendengar bahawa Orang Inggeris melabelkan Orang Melayu sebagai bangsa yang pemalas semasa zaman dahulu sebelum Hari Kemerdekaan Tanah Melayu? Ye, kita mesti pernah dengar dan membaca tentang ia. Anda rasa Orang Melayu ni pemalas ke?


Menurut Hasanuddin Yusof (2020), Orang Inggeris apabila datang ke Tanah Melayu, mereka sedar orang Melayu memang rajin dan ‘pantang duduk diam’.


Mereka nampak orang Melayu masuk hutan mencari akar kayu, mengharung laut, mencari ikan, meredah sungai, mencari bijih dan turun ke bendang membajak sawah.



Orang Melayu hebat dan berani dalam memburu binatang di hutan seperti harimau. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang



Orang Melayu sedang membajak sawah menggunakan peralatan sendiri. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang


Orang Melayu sedang mengumpulkan kayu. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang



Orang Melayu mengharungi sungai & laut untuk mencari ikan dengan menggunakan sampan. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang


Orang Melayu berani, gagah, perkasa dalam memburu binatang di hutan. Orang Melayu bergambar dengan Kerbau di Hutan. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu menoreh pokok getah. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang



Orang Melayu menjadi buruh kasar dalam membuat landasan kereta api. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu meredah sungai. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu (kanak-kanak) memburu dan mengambil gambar bersama binatang buas; Buaya. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu berniaga menjual kopi demi mencari nafkah. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu; Pembesar-pembesar Pahang berpakaian baju kurung seluar Aceh, samping dan tengkolok aneka gaya sekita 1900. Gambar Muzium Negara Malaysia. Foto Kredit dari: Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.



Orang Melayu berani, gagah, perkasa dalam memburu binatang buas; Harimau di hutan. Foto Kredit: FB Kelab Melayu Pulau Pinang.


Waktu senggang di rumah, orang Melayu bertukang, mengayam tikar, menenun kain dan mengait jala. Waktu malam pergi ke masjid, mendengar pengajian dan membaca Yasin. Memang rajin dan penuh dengan aktiviti seharian. Semua ini orang Inggeris nampak dan sedar.


Kalau dibaca kajian pengkaji-pengkaji Inggeris tentang Melayu seperti Crawfurd, Marsden, Raffles, Gardner, Newbold, Woolley, Linehan, Wheatley dan ramai lagi memang jelas menunjukkan bahawa bangsa Melayu dulu adalah bangsa yang rajin dan kreatif.


Tapi kenapa sebahagian orang Inggeris seperti Swettanham mengatakan bahawa Melayu adalah bangsa pemalas? Mudah sahaja jawapannya, kerana orang-orang Melayu enggan menjadi buruh Inggeris, apatah lagi nak menggendong ‘kemalasan’ Inggeris seperti dalam gambar-gambar ini:








Jangan sesekali lupa, apa yang disebut oleh Sherard Osborn 1857 di dalam Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters mengenai orang Melayu..


Sumber: Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters


Sumber: Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters. Kemerdekaan Melayu. Muka Surat: 279


Sumber: Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters. Kemerdekaan Melayu. Muka Surat: 279


“Seperti anjing jinak, penduduk asli diseluruh persisir laut Semanjung India menjilat tangan orang yang menyeksa dan menghina mereka: tetapi tidak begitu untuk orang Melayu; kita Orang-orang Inggeris harus jadi yang pertama untuk hormat kepada sebuah bangsa yang tak mudah menyerah kepada sebuah penindasan atau kezaliman.” (Osborn, 1857).



Sumber: Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters. Rumusan. Muka Surat: 350


Sumber: Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters. Kemerdekaan Melayu. Muka Surat: 279



"Wahai pembaca, salam perpisahan! Sekiranya dalam percubaan saya untuk memberi anda satu tanggapan yang adil daripada orang Melayu yang banyak didera, saya telah berjaya mengeluarkan dari fikiran anda satu prejudis terhadap orang itu, saya tidak akan menulis dalam sia-sia, dan saya akan melakukan bahagian saya ke arah membuat anda berfikir, kerana saya akan tetap lakukannya". (Osborn, 1857).

For Reservation Venue & Packages, Click Here


RUJUKAN:


Osborn, S. (1857), Quedah; or, Stray Leaves from a Journal in Malayan Waters. London: Spottiswoode and Co.


Hassanudin Yusof (2020), Kenapa Orang Inggeris Kata Orang Melayu Bangsa Pemalas?. Retrieved from: https://www.thepatriots.asia/kenapa-orang-inggeris-kata-melayu-bangsa-pemalas/

70 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page