top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Orang Melaka, Sebuah Puzzle Etnografi!


…tetapi semua ini tidak ada bezanya dengan masyarakat Melaka. Inilah teka-teki etnografi.....

Ciri-ciri Orang India sangat ketara pada Orang Cina, dengan kepala yang dicukur dan tocang panjang;

Manakala yang berkulit hitam, berambut kerinting memanggil dirinya sebagai orang Portugis dan ada pula pemuda yang berambut perang, bermata biru mengatakan bahawa dia adalah Orang Melayu dan lelaki berkulit kuning, bermata serong, berwajah datar, hidung montok itu mengatakan bahawa dia adalah orang Belanda.

Dalam dua generasi seorang Inggeris menjadi Orang Negro, seorang Cina menjadi Orang Chitty, Orang Melayu menjadi seorang Brahmin, dan seorang Jerman yang bulat gempal berubah menjadi Arab yang berjambang.


Bahasa-bahasa asal mereka hampir dilupakan, dan semuanya bergabung menjadi bahasa Melayu sejagat. Tidak boleh dikatakan bahawa bahasa kreol Belanda-Inggeris-dan-Portugis tidak digunakan; tetapi ada disebut dalam ungkapan Bahasa Melayu, sehingga disamarkan sehingga tidak dapat difahami kecuali oleh masyarakat Melaka yang sebenarnya. Tetapi tabiat yang paling baik dari masyarakat Melaka yang belum disebutkan, ialah tidak adanya prasangka agama.


Buddha, Brahmana, Katolik, Protestan, dan Muslim, masing-masing saling membantu dalam perayaan masing-masing, dan bergabung dengan semangat dalam upacara.

Pandangan sepintas lalu akan meyakinkan orang yang melihat bahawa memang masyarakat Melaka itu mempunyai suatu fikiran yang menyatukan . Walaupun Melaka mempunyai wakil-wakil dari semua bangsa di dunia, namun mereka saling bergaul satu sama lain, bahawa toleransi secara luas semata-mata akan menjamin keamanan masyarakat.


JT Thompson – Life in the Far East (1865)


Kredit Info: Melaka In Fact Facebook Page

7 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page