top of page

Malaysia Contoh Terbaik Tangani Covid-19 – David Pfundheller




Video berdurasi 3 minit yang memuji Malaysia adalah negara yang terbaik dalam menangani Covid-19 telah tular sejak semalam. Video itu telah dimuat naik oleh Dustin Pfundheller di Facebook Other Side of the Truth ini telah di tonton sebanyak 871, 000 kali dan telah menerima likes sebanyak 44, 400!


Di dalam video tersebuk, Dustin Pfundheller menyatakan :


“Ini adalah sebuah kisah tentang sebuah negara di Asia Tenggara yang kurang mendapat perhatian dunia. Pada Mac lepas, Malaysia telah dilanda wabak Covid-19. Media menunjukkan bagaimana Malaysia bertungkus-lumus melawan wabak ini. Malaysia mempunyai kes jangkitan 3 kali ganda dari mana-mana negara di Asia Tenggara.



Virus itu telah merebak ke setiap daerah dan negeri. Lebih menyedihkan tentang bagaimana wabak itu merebak bukanlah berpunca daripada sikap buruk rakyat Malaysia itu sendiri, tetapi berpunca daripada satu perhimpunan keagamaan. Disinilah bermulanya kisah menarik bagaimana Malaysia melawan Covid-19.



Kerajaan Malaysia terus mengambil langkah-langkah pengawalan wabak. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dilaksanakan. Sekatan jalan raya dimulakan hamper setiap Kawasan. Perhimpunan unutk sebarang aktiviti dan keagamaan juga tidak dapat dibenarkan. Sekolah ditutup, begitu juga dengan perniagaan yang lain.



Mana-mana Kawasan yang mempunyai kes jangkitan yang tinggi, Kawasan tersebut akan diperketatkan arahan PKP. Semua perniagaan ditutup, jalan keluar masuk ke Kawasan itu turut disekat. Tiada siapa dibenarkan untuk masuk atau meningglkan Kawasan terbabit.



Namun mereka tidak perlu risau kerana makanan dan pemeriksaan kesihatan diberikan secara percuma oleh pihak kerjaan. Akhirnya, hasil daripada Langkah-langkah yang diambil dengan kerjasama setiap lapisan masyarakat, jangkitan kes Covid-19 telah menurun.



Pada 14 April, Filipina mula memintas Malaysia dari segi bilangan kes positif Covid-19. Keesokkan harinya, Indonesia pula memintas Malaysia dan diikuti dengan Singapura 2 hari selepas nya.



Malaysia adalah contoh bahawa kita semua mampu melawan wabak ini. Malaysia adalah contoh bagaimana sebuah negara yang pada mulanya mempunyai kes yang paling tinggi, melakukan perkara yang betul bagi menghalang penyebaran wabak.

Amat menyedihkan apabila kebanyakkan media antarabangsa tidak melaporkan perkara ini. Malaysia yang pada mulanya mempunyai kes jangkitan paling tinggi di Asia Tenggara, kini telah menjadi yang terbaik antara semua. “ – Dustin Pfundheller



Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


18 views0 comments
bottom of page