Sebuah rakaman oleh Antony Cauvin dari Stratford-Upon-Avon telah mendapat sambutan orang ramai apabila Cauvin datang membuat kejutan ke rumah neneknya. Paling win adalah Cauvin nekad untuk membuat ‘Cuddle Curtain’ dek kerana terlalu rindukan neneknya itu.
Cauvin memeluk neneknya sambal mematuhi langkah penjarakkan sosial dengan menambah plastik di tirai mandi yang dicipta olehnya.
Cauvin telah dua bulan setengah tidak menjengukkan nenek nya akibat pandemik Covid-19 , dia mengambil inisiatif membuat ‘Cuddle Curtain’ dengan mengambil tirai mandi dan memasang ia dengan lengan plastik keselamatan pada setiap sisi dimana ‘Cuddle Curtain’ ini membolehkan kedua-duanya berpelukan tanpa tersentuh kulit ke kulit atau sentuhan pernafasan.
Bagus juga Cauvin ni, kreatif betul!
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Comments