Oleh: Ashikin
20.4.2020
Perasan tak korang, pernah viral tentang rakyat Thailand bagi emoji marah dekat FB Live PM Thailand? Ya, masa Perdana Menteri (PM) Thailand, Prayut Chan-O-Cha buat live mengenai isu Covid-19 menerusi Workpoint News di Facebook Live pada minggu lepas, kebanyakan rakyat Thailand menekan butang emoji ‘marah’ kepada Facebook Live tersebut. Agak-agak korang kenapa? Jom kita kupas.
Menurut pengulasan Ahmad Faezal (2020), menerusi penulisan nya di blog. Prayut Chan-O-Cha mempunyai sejarah politik yang bertatahkan rampasan kuasa. Bermula tahun 2006, beliau terlibat di sebalik penggulingan Thaksin Shinawatra.
Dalam krisis politikpada tahun 2013-2014 pula Prayut berusaha untuk menyatukan parti-parti lawan. Setelah gagal, beliau melancarkan rampasan lagi terhadap Yingluck Shinawatra pula. Rampasan kuasa sedemikian mengesahkan pencalonan dan pentadbirannya sebagai Perdana Menteri bagi Thailand.
Pada 24 Mac 2019, Thailand menganjurkan pilihanraya umum pertama yang disertai Prayut. Tiada parti yang mendapat majority mudah iaitu 251 kerusi, sekaligus mewajibkan pengasasan kerajaan minority dengan Prayut sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Sumber: 2019 Thai General Election Wikipedia
Kerajaan Prayut meletakkan sasaran dan berjanji beliau akan menyelesaikan perangkap sosioekonomi di Thailand. Selama ini Thailand mempunyai tiga Rancangan Ekonomi (RE):
RE Pertama: Pengukuhan ekonomi sector pertanian.
RE Kedua: Kepelbagaian ekonomi yang melibatkan perindustrian kecil dan pemprosesan makanan.
RE Ketiga: Kemajuan industri pesat dan tenaga
Prayut memperkenalkan RE Keempat iaitu sebuah ekonomi dipacu industry teknologi tinggi berasaskan inovasi. Barangan mentah perlu dibuat produk akhir supaya boleh dijual kepada dunia. Inilah pendekatan yang dibuat oleh Prayut demi mencapai status Negara yang berpendapatan tinggi nanti.
Berdasarkan Apornrath (2017), RE Keempat yang dibuat oleh Prayut bakal berdepan dengan masalah birokrasi yang begitu kritikal kerana melibatkan beberapa kementerian yang diurus secara gopoh dan tidak efektif. Ini kerana status ekonomi Thailand yang sedia ada masih diusahakan lagi. Setiap tahun lebih kurang 40 juta pelancong yang berkunjung di Thailand sangat sukakan pantai dan disko di Thailand kerana pelancong. Negeri seperti Bangkok, Krabi, Pattaya, Phuket sentiasa dikunjungi orang ramai dan Thailand mampu menjana sehingga USD109 billion (RM 478 billion) pada tahun 2018!
Tetapi malangnya apabila Covid-19 melanda dunia, kesannya sangat jelas. Semua ekonomi Thailand menemui jalan buntu. Dan pada ketika itu jugalah beribu-ribu rakyat Thailand memberikan reaksi marah di dalam Facebook Live semasa Prayut bersiaran secara langsung pada minggu lepas.
Sumber: Perdana Menteri Thailand; Prayut Chan - O – Cha ketika Facebook Live di Workpoint News FB
Ramai yang menyentuh tentang manfaat sosial sebanyak BHT 5,000 (RM660) sebulan yang dikatakan tidak mencukupi buat mereka langsung (Reuters, 2020).
Prayut telah mengesahkan rangsangan ekonomi sebanyak BHT 1.9 trillion (RM250.5 billion) diberikan kepada rakyat bagi mengurangkan implikasi atas sebab penutupan semua perniagaan.
Walaupun dengan pemberian sebanyak BHT 1.9 trillion (RM250.5 billion) macam nampak banyak, ianya sekadar 4.18% sahaja daripada KDNK keseluruhan sekaligus menggusarkan 70 juta rakyat Thailand.
Ada yang bertanya jika Prayut boleh hidup dengan BHT 5,000 sahaja? Di sebalik penganguran dan pembuangan kerja, kemarahan rakyat Thailand memang kita boleh fahami.
Sumber: Twitter @SaksithCNA
Menurut Saksith CNA (2020), didalam sebuah stesyen televisyen Thailand yang lain, Perdana Menteri Thailand, Prayut Cha-O-Cha mengatakan bahawa beliau meminta kepada 20 orang kaya di Thailand untuk membantu kerajaan dalam membanteras kejatuhan ekonomi di Thailand berikutan pandemic Covid-19 yang melanda dunia. Beliau juga berkata, kerajaan Thailand itu sendiri tidak mampu memberikan jawapan kepada masalah yang dihadapi mereka sekarang.
Dalam keadaan seperti ini, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersyukur dengan inisiatif yang diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada rakyat Malaysia. Semoga kita terus bersyukur, hidup aman makmur dan dilindungi dari bahaya dan bencana.
Gambar dibawah ini adalah bukti bahawa rakyat Malaysia berterima kasih kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana semasa Facebook Live tersebut ramai orang Malaysia menekan emoji love dan memberi komen yang positif sebagai tanda terima kasih!
Sumber: Perdana Menteri Malaysia; Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Facebook Live Stesyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) FB.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
SUMBER:
Reuters (2020), Thailand Approves $82.5B To Mitigate Coronavirus Impact. Straits Times. Retrieeved from: http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/thailand-annouces-825B-plan-to-mitigate-coronavirus-impact
Ahmad Faezal (2020), Kenapa Rakyat Thailand Benci PM Diaorang Masa Isu Covid-19? Retrieved from: https://www.thepatriots.asia/kenapa-rakyat-thailand-benci-pm-diaorang-masa-isu-covid-19/
Apornrath, P. (2017), Thailand 4.0: Are We Ready? The Bangkok Post. Retrieved from: http://www.bangkokpost.com/business/1173133/thailand-4-0-are-we-ready-
The Economist (2020), Thailand’s economy was suffering before the virus. Retrieved from: https://www.economist.com/asia/2020/04/02/thailands-economy-was-suffering-before-the-virus
Prakash, S. (2020), Thailand: It’s Going To Be The Worst Since The 1998 Asian Crisis. ING. Retrieved from: https://think.ing.com/articles/thailand-its-going-to-be-the-worst-since-the-1998-asian-crisis/
Saksith, S. (2020). Retrieved from: https://twitter.com/SaksithCNA/status/1251107862064979968?ref_src=twsrc%5Egoogle%7Ctwcamp%5Eserp%7Ctwgr%5Etweet
Comments