Berdasarkan Eksekutif Kesihatan dan Keselamatan Inggris, sebanyak 526,000 orang menderita stress, tertekan dalam pekerjaan.
Di saat kita sibuk dengan kehidupan, terlalu memikirkan masa depan, konsep Mindfulness dipercayai mampu menjaga kesihatan mental seseorang (Ariska Puspita Anggraini, 2018).
Menurut kajian yang dilakukan oleh Sumber Daya Manusia Mercer and the Employee Benefit Research Institute, para pekerja banyak menghabiskan masa untuk bimbang dan terlalu memikirkan tentang wang (Work Zone, 2017).
Banyak lagi kajian yang telah menunjukkan betapa ramai nya orang terlalu bimbang akan masa depan mereka, dan disebabkan itu mereka terlalu memikirkan tentang masa depan mereka.
Dalam menjalani kehidupan, ada jenis orang yang selalu menyusun strategi jangka masa pendek dan juga strategi untuk jangka masa panjang. Bermula dengan kehidupan karier, kewangan hinggalah ke percintaan. Jenis-jenis orang seperti ini umumnya sudah tahu apa yang mereka ingin lakukan 5 hingga 10 tahun akan datang.
Memikirkan masa depan mungkin diperlukan untuk memastikan kehidupan anda akan baik-baik sahaja. Akan tetapi, masa depan anda masih jauh dari depan mata anda. Ianya belum tentu semua rancangan anda kini masih relevan di masa akan datang.
Selain itu, terlalu banyak manusia yang sibuk berfikir tentang masa depan juga boleh membuatkan seseorang itu berasa khawatir dan tidak tenang. Yelah, kawan-kawan semua dah sibuk fikir and plan nak buat apa untuk masa depan, tetiba kita tak plan apa-apa lagi sudah tentu akan gelabah!. Perkara macam ni yang akan menggangu pelbagai aspek dalam kehidupan orang sekeliling.
Untuk tidak merasa bimbang/gelabah/khawatir yang berlebihan, anda perlulah:
1. Praktik MINDFULLNESS
Anda boleh praktikkan MINDFULLNESS dengan cara menghayati semua benda disekeliling anda. Cuba lihat sekeliling dan perhatikan apa yang ada di sekitar anda. Apa yang anda lihat, dengar, dan rasakan?
2. Tarik Nafas
Ketika anda berasa bimbing dek kerana terlalu memikirkan masa depan anda, anda tidak perlu khawatir. Tarik nafas anda perlahan-lahan dan dalam-dalam agar rasa relax. Tarik nafas melalui hidung dan kira sehingga 4, lalu lepaskan nafas and keluar melalui mulut kira sampai 4. Dan lakukanlah sebanyak 4 kali.
3. Urut Bahu & Leher anda.
Lakukan regangan di leher, bahu, dan otot-otot yang progresif.
4. Selalu bersyukur dan stay positive
Apabila anda terlalu memikirkan hal masa depan anda, anda bakal merasai perasaan bimbang dan akhirnya membuahkan fikiran yang negative. Untuk mengatasinya, perbanyakkan bersyukur denga apa yang kita ada dan kekal tenang. Perkara ini mampu mengubah anda menjadi lebih positif.
5. Menulis atau Bercakap dengan orang lain.
Cara lain untuk menghilangkan kegusaran adalah dengan menulis atau bercakap dengan orang lain. Mungkin juga dengan cara meluahkan apa yang terbuku di hati kepada orang yang kita percayai mampu menghilangkan sedikit beban yang difikirkan.
6. Percaya pada diri dan pencipta
Anda perlu menanam kepercayaan dalam diri sendiri dan pencipta bahawa semua perkara akan berjalan dengan lancer dengan keizinan dariNya, nescaya anda mampu menangangi kesulitan akan datang kerana anda tidak mampu ramalkan masa depan anda macam mana.
7. Ubahlah sikap anda
Jika saat ini, anda mengalami bebanan fikiran dan terlalu bimbang tentang masa depan anda, kawal lah diri anda dari berfikir terlalu dalam, dan belajarlah untuk terus positif.
For Reservation Venue & Package, Click Here
SOURCES:
Work Zone (2017). Study Finds Money Worries Jeopardize Productivity. Retrieved from: http://www.post-gazette.com/business/career-workplace/2017/03/27/WorkZone-Study-finds-money-worries-jeopardize-productivity/stories/201703260050
Ariska Puspita Anggraini (2018). Demi Kesehatan Mental, Mari Praktikkan Mindfulness di Segala Rutinitas. Retrieved from: https://lifestyle.kompas.com/read/2018/10/11/070700820/demi-kesehatan-mental-mari-praktikkan-mindfulness-di-segala-rutinitas?page=all
Comments