top of page
Writer's pictureashikin@mitc.org.my

Ikigai: Rahsia Orang Jepun Umur Panjang & Kekal Bahagia


Kredit Gambar: Tianshu Liu on Unsplash


Di Jepun, ramai orang mempunyai Ikigai (disebut Ick-Ee-Guy).


Maksud Ikigai adalah:


Ikigai adalah falsafah yang diterapkan dalam kehidupan seharian orang Jepun bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.


Iki 生 bermaksud hidup dan gai 甲斐bermaksud hasil atau kesan dan ikigai 生甲斐 secara ringkasnya bermaksud sebab atau tujuan kita hidup atau apa yang membuatkan hidup kita bermakna bagi mencapai kebahagiaan dalam kehidupan.


Kredit Gambar: eleanor davis


Pernah tak kita terfikir, apa tujuan kita bangun pada setiap pagi?



Asal usul pengamal Ikigai ialah di sebuah kepulauan Selatan Jepun iaitu Okinawa, di mana ia dikatakan menjadi pengamal kepada penduduk terbesar centenarians di dunia.



Pulau Okinawa menjadi tempat tinggal kepada orang yang paling sihat dan happy di planet ni.


Orang Jepun secara puratanya mempunyai kadar jangka hayat sebanyak 83 tahun iaitu yang paling tertinggi di dunia.



Secara umumnya, wanita lebih tinggi hayatnya dengan purata 86 tahun (Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia – WHO).



Walaupun Pulau Okinawa dikategorikan sebagai kawasan yang paling miskin di Jepun, tetapi penduduk Okinawa diiktiraf mempunyai jangka hayat tertinggi.



Mengapa? – tentulah banyak sebab!


Tetapi ada satu perkara yang terpenting yang menyumbang penduduk Okinawa panjang umur dan kekal happy iaitu mempunyai rasa tujuan hidup yang kuat!



Penduduk Okinawa terkenal dengan budaya mereka yang mengekalkan pandangan positif dan berusaha untuk mencapai Ikigai, iaitu konsep yang membawa maksud ‘tujuan untuk hidup’ dan ‘tujuan untuk bangun setiap pagi’.



Bolehkah konsep ikigai menyumbang kepada umur panjang dan kekal happy?



Dan Buettner (2010), penulis buku Blue Zones: Lessons on Living Longer from the People Who’ve Lived the Longest, percaya Ikigai mampu menyumbang umur panjang dan kekal happy.



Menurut Buettner (2010), konsep Ikigai tidaklah se-eksklusif kepada orang Okinawa: ia mungkin bukan suatu perkataan tetapi kesemua empat buku Blue Zones seperti Sardinia dan Nicoya Peninsula mempunyai konsep yang sama dimana orang yang berumur panjang itu wujud dengan mengamalkan Ikigai.



"Buettner mencadangkan membuat tiga senarai Ikigai iaitu: [1] Nilai Anda, [2] Perkara Yang Anda Suka Lakukan, dan [3] Kepakaran Yang Anda Boleh Lakukan. Keratan rentas tiga senarai ini adalah Ikigai anda. "

Kajian menunjukkan bahawa kehilangan tujuan hidup seseorang boleh mempunyai kesan yang memudaratkan.



American mythologist dan pengarang Joseph Campbell pernah berkata, "Formula umum saya untuk pelajar saya adalah: FOLLOW YOUR BLISS ataupun buatlah apapun yang boleh membuatkan anda happy. Carilah kat manapun, dan Jangan takut untuk melakukannya "



"Ikigai anda adalah di persimpangan kepakaran dan apa yang anda suka lakukan," kata Hector Garcia, penulis bersama Ikigai: Rahsia Jepun untuk kehidupan yang panjang dan bahagia.


Kredit Gambar: Toronto Star



Ikigai adalah tindakan secara semulajadi tanpa paksaan, dibuat secara rela hati dan ikhlas. Apakah ikigai anda? Untuk mencari ikigai anda sila perhatikan soalan di bawah:


1) Apa yang anda minati?

2) Apa kepakaran anda?

3) Apa yang diperlukan oleh orang lain?

4) Apa yang boleh anda lakukan untuk menjana pendapatan?



Ikigai diterapkan dalam pekerjaan, hobi atau kehidupan seharian seperti menjaga orang tua atau mendidik anak-anak serta menguruskan rumahtangga. Juga sekiranya anda mempunyai minat mendalam dalam agama dan rasa mempunyai tanggunjawab untuk berdakwah dan sebagainya.



Ikigai mengajar kita sekiranya mahu berjaya dan bertahan lama dalam sesuatu benda yang kita kerjakan, jangan kejarkan minat dan cita-cita semata-mata. Kita perlu melakukan sesuatu yang boleh membantu atau membawa perubahan kepada orang lain. Ini yang akan mendatangkan kepuasan dalam sesuatu yang kita lakukan.

Ikigai tidak disebabkan oleh kestabilan ekonomi atau status seseorang dalam masyarakat. Biarpun keadaan ekonomi seseorang itu tidak stabil atau kedudukannya dalam masyarakat adalah rendah, tetapi sekiranya dia mempunyai tujuan dalam kehidupan sehariannya, maka dia mempunyai ikigai.




Orang Okinawa akan melakukan pekerjaan yang memberikan kepuasan kepada diri mereka dan bukan kerana jumlah wang yang akan mereka dapat atau konsep ini dikenali sebagai jiko jitsugen.



Semasa makan, orang Okinawa mengamalkan hara hachibu atau berhenti makan setelah makanan memenuhi perut sekitar 80% sahaja. Atau dalam Islam amalan berhenti makan sebelum kenyang.



Orang Okinawa mempunya moai atau sekumpulan kawan rapat yang akan menyokong mereka susah dan senang dalam kehidupan seharian seperti sebuah keluarga.



Dalam moai ada juga sistem seakan main kutu yang masyarakat Melayu amalkan untuk sokongan kewangan.



Selain itu, orang Okinawa juga mengamalkan ittaiken iaitu peranan atau komitmen seseorang individu dalam sesebuah komuniti atau pertubuhan.



Kesemua elemen ini mungkin rahsia mereka hidup sihat dan panjang umur?





Video di atas adalah contoh iklan ikigai oleh Nescafe yang menunjukkan ikigai orang Okinawa.


Sekiranya kita telah jumpa ikigai kita, saya percaya kita tidak akan rasa malas lagi untuk bangun pagi dan meneruskan tangungjawab seharian di samping mendapat kebahagiaan dalam kehidupan.


Selamat mencari ikigai anda dan semoga anda beroleh kebahagiaan dalam kehidupan seharian.



Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini


SUMBER:


Buettner, Dan (2010). The Blue Zones: Lessons for Living Longer from the People Who've Lived the Longest. National Geographic Society, 2010.


Oppong, Thomas. “Ikigai: The Japanese Secret to a Long and Happy Life Might Just Help You Live a More Fulfilling...” Medium, Thrive Global, 10 Jan. 2018, medium.com/thrive-global/ikigai-the-japanese-secret-to-a-long-and-happy-life-might-just-help-you-live-a-more-fulfilling-9871d01992b7.

496 views0 comments

Comments


bottom of page