Oleh: Ashikin
14.4.2020
Kredit Foto: New York Post
Semenjak berlakunya penyebaran Covid-19 baru-baru ini, kita mampu melihat ramai orang awam yang memakai sarung tangan atau glove ketika menjalankan urusan seharian. Lebih-lebih lagi mereka akan memakai semasa membeli barang di kedai, mengisi minyak petrol kenderaan, dan bermacam lagi urusan diluar rumah, kononnya ia mampu mengelakkan mereka dari dijangkiti virus corona. Tahukah anda bahawa pemakaian sarung tangan adalah tidak disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)? Hal ini kerana ianya tidaklah membantu dalam pengurangan penyebaran Covid-19. Menurut Pakar Perubatan Klinik Kesihatan Seremban, Dr. Nor Izran Hanim Abdul Samad berkata, apabila seseorang itu memakai sarung tangan boleh menimbulkan ‘gambaran palsu’ kepada si pemakai apabila menyentuh sebarang permukaan.
Berdasarkan ‘FB Live @ KKM Khas Kenali Covid 19’, Dr. Nor Izram Hanim Abdul Samad berkata; “Contohnya, sekiranya kita menyentuh sesuatu permukaan yang berdebu atau berminyak, kita akan terus mencuci tangan tetapi apabila seseorang itu memakai sarung tangan dan tersentuh pada permukaan yang berdebu atau berminyak maka sentuhan sebenar tidak dapat dirasai. Ini akan memberi 'gambaran palsu' bahawa kita rasa yang kita selamat tetapi mungkin secara tidak sengaja kita dah pindahkan kekotoran atau kuman ke tempat lain seperti baju dan kulit tanpa kita sedari,"
Selain daripada itu, menurut Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Puchong Batu 14, Dr. Izwan Effendy Ismail pula berkata, pemakaian sarung tangan itu seharusnya diberi keutamaan kepada semua petugas hadapan khususnya anggota Kementerian Kesihatan yang terlibat dalam menangani wabak penyakit itu.
Beliau juga berkata, orang awam hendaklah kerap membasuh tangan dan mengikut garis panduan yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu menggunakan sabun dan mencuci tangan sekurang-kurangnya 20 saat kerana ia merupakan langkah yang berkesan dan efektif dalam menyingkirkan kuman atau dengan menggunakan cecair pencuci kuman.
Sementara itu, Dr izwan Effendy juga berkata bahawa virus bukanlah keluar melalui peluh, sebaliknya virus akan keluar melalui titisan-titisan permukaan mukosa iaitu hidung dan mulut sahaja.
Untuk Tempahan Tempat & Pakej, Klik Disini
RUJUKAN:
Pakai Sarung Tangan di Tempat Awam Kurang Digalakkan. http://www.sinarharian.com.my/article/75993/KHAS/Koronovirus/Pakai-sarung-tangan-di-tempat-awam-kurang-digalakkan
Facebook Live @ KKM Khas Kenali Covid 19 (2020), Retrieved from: https://www.youtube.com/watch?v=c_HxWHkhhUc
Yorumlar